• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jose Mourinho Tabik Pogba

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER, United Kingdom – Manchester United sepatutnya menang lebih selesa ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi, namun mereka gagal menyempurnakan banyak peluang keemasan ketika menang 2-1, di laman sendiri.

Namun, Jose Mourinho tetap memuji persembahan pemainnya dan menegaskan, beliau gembira apabila Paul Pogba tenang menyudahkan bola muntah untuk gol pertama United, apabila sepakan penalti yang diambil pemain tengah itu ditepis Jordan Pickford.

United dihadiahkan penalti apabila Anthony Martial dijatuhkan Idrissa Gueye, namun pengurus Everton, Marco Silva mendakwa pemain itu sengaja menjatuhkan badan untuk meraih simpati pengadil.

Pogba yang mengambil sepakan penalti gagal menyempurnakan penalti buat kali kedua, musim ini.

Namun, pemain antarabangsa Perancis ini berjaya menebus kesilapannya apabila tenang menolak masuk bola yang ditepis Pickford dan melantun ke arahnya untuk meledak jaringan pertama pada minit ke-27.

Martial menjaringkan gol kedua yang cukup menarik dengan melencongkan bola ke penjuru gawang dari luar kotak penalti pada minit ke-49, sebelum Everton dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-77.

Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti berkenaan dan Everton terus mengasak, namun United kukuh bertahan sepanjang tempoh 13 minit terakhir untuk meraih mata penuh di laman sendiri.

Martial turut berpeluang menjaringkan gol kedua peribadinya namun percubaan satu lawan satu berdepan Pickford gagal diterjemahkan kepada jaringan. Manakala percubaan Pogba dari arah kanan padang juga diselamatkan penjaga gawang Everton.

Mengulas aksi pagi tadi, Mourinho mengakui, Pogba memiliki kekuatan mental untuk menyudahkan bola susulan penalti untuk gol pertama tuan rumah.

“Perkara yang saya suka ialah keinginannya (Pogba) untuk mengambil sepakan penalti,” kata Mourinho.

“Saya tidak suka gelagat Mickey Mouses, takut, lemah dan sikap ‘saya tidak mahu ambil penalti’. Saya suka pemain yang mahu rebut peluang itu.

“Paul mahu mengambilnya, dan bagi saya, ia menakjubkan. Adakah dia boleh memperbaikinya?. Saya fikir, dia mampu.

“Penjaga gol itu sudah membaca pergerakannya, dia tidak berganjak dan hanya menunggu untuk membuat keputusan. Jadi, dia (Pogba) mesti belajar daripada situasi itu tetapi isu lebih penting ialah dia sentiasa mahu melakukannya. – AFP/BH ONLINE

Tags: Jose MourinhoPaul Pogba
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suarez ‘Mengamuk’ Aibkan Real Madrid

Next Post

Kerajaan Ada Kuasa Periksa Premis Disyaki Berlaku Maksiat

Related Posts

Ini Baru Pogba – Solskjaer

27/12/2018
0

MANCHESTER, England - Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United kini melihat Paul Pogba seperti yang dikenalinya ketika beliau mengendali pasukan...

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Next Post

Kerajaan Ada Kuasa Periksa Premis Disyaki Berlaku Maksiat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd