• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak, bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Mohd Gadaffie Abd Aziz berkata ujian doping itu dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dan MSN sebelum Sukma berlangsung.

“Alhamdulillah, semua atlet bebas daripada penggunaan barang terlarang seperti dadah dalam ujian doping yang dijalankan sebelum Sukma sebab kalau gagal ujian itu, mereka tidak dibenarkan untuk bertanding,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

“Sejak edisi pertama Sukma, atlet Johor tidak pernah mempunyai rekod dalam penyalahgunaan dadah sekaligus mengekalkan rekod bersih.

Tambahnya, untuk terus kekalkan rekod itu ujian doping akan diadakan dengan lebih kerap mungkin 6 bulan sekali terutama menjelang Sukma 2020 yang mana Johor sebagai tuan rumah.

Sementara itu, Program Pembangunan Atlet Titanium 20 (Ti20) akan diteruskan bagi mengekalkan kecemerlangan atlet pada Sukma akan datang.

Mohd Gadaffie berkata antara tujuh acara yang terlibat dalam program itu adalah olahraga, bowling, renang dan menembak.

Bagaimanapun, acara yang tidak tersenarai akan diwujudkan projek khas lain oleh pihak MSN.

“Sebagai contoh, silat dan tinju namakan projek KO sebab kita tahu kalau nak labur dalam satu sukan itu kena bangunkan atlet itu.

Selain itu, beliau menyuarakan keyakinan dengan kelebihan berentap di tempat sendiri mampu meningkatkan kutipan jumlah pingat pada Sukma 2020.

Pada kejohanan itu di Perak bulan lepas, kontinjen Johor berjaya merangkul 29 pingat emas, 34 perak dan 37 gangsa melebihi jumlah sasaran 25 emas. – BERNAMA

Tags: SUKMA 2018ujian doping
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Anuar Masduki Dilantik Semula Pro Canselor Unisel

Next Post

Wanita UMNO Kesal PH Tangguh Projek Rakyat

Related Posts

Atlet Terengganu Pula Positif Ujian Doping

24/10/2018
0

KUALA NERUS - Dua atlet Terengganu yang beraksi pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak, September lepas, dikesan positif ujian...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

Next Post

Wanita UMNO Kesal PH Tangguh Projek Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd