• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

John Terry Umum Bersara

oleh Ahmad Albab
08/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bekas kapten England, John Terry mengumumkan persaraannya daripada bola sepak dengan pertahanan berumur 37 tahun itu kini berhasrat untuk meneruskan kariernya dalam bidang pengurusan.

Terry, yang menghabiskan kebanyakan kariernya bersama Chelsea, menjadi kapten pasukan divisyen kedua, Aston Villa pada musim lalu.

Kini Birmingham dilaporkan mahu Terry menyertai barisan kejurulatihan kelab itu dalam usaha mereka menyenaraikan muka baharu – dengan Thierry Henry dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengurus di Villa Park, selepas Steve Bruce dipecat.

“Selepas 23 tahun yang mengagumkan sebagai seorang pemain bola sepak, saya memutuskan kini adalah masa yang tepat untuk bersara daripada bermain,” kata Terry dalam satu mesej yang dimuatnaik dalam laman akaun Instagram miliknya.

Terry, beraksi sebanyak 78 kali bersama England, baru-baru ini menolak peluang menyarung jersi Spartak Moscow, dengan berkata perpindahan ke Russia bukanlah keputusan yang tepat bagi keluarganya.

Perlawanan terakhirnya sebagai pemain profesional adalah bersama Villa yang ketika itu tewas 0-1 kepada Fulham, dalam aksi ‘playoff’ Liga Kejuaraan pada Mei lalu – kekalahan yang menyebabkan Villa gagal kembali ke Liga Perdana.

Tetapi kariernya sebagai pemain akan diingati ketika bersama Chelsea – dengan memenangi lima gelaran Liga Perdana, lima Piala FA dan Liga Juara-Juara 2011-12. – AFP/BH ONLINE

Tags: BersaraJohn Terry
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

Dr Noor Hisham Bersara Jumaat Ini

19/04/2023
0

PUTRAJAYA : Selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd