• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jentera Jangan Terbuai Dengan Keadaan Kempen”

oleh
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan jentera parti itu supaya tidak leka atau terbuai ketika melaksanakan tugas mereka dalam keadaan sekarang yang jauh lebih mudah berbanding suatu ketika dahulu.

Dengan tempoh berkempen yang tinggal kurang tiga hari sebelum hari pengundian Sabtu ini, Ketua Umum PKR itu berkata mereka tidak harus lupa kesusahan dahulu dan perlu berusaha keras, mempamerkan nilai serta prinsip yang baik serta ikhlas ketika berkempen.

“Kalau dahulu kita lihat semasa berkempen kita kalah dalam segala-galanya, kita kalah dari segi wang ringgit, kita kalah dari segi bendera jika dibandingkan dengan lawan kita Barisan Nasional, tetapi kita masih mampu meraih undi dan keyakinan orang.

“Saya mengingatkan jentera, saya mahu menjadi pemimpin yang baik, bersih dan untuk jadi pemimpin dan wakil rakyat yang baik, jentera pun perlu baik dan ikhlas bertugas,” katanya semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan jentera PH bagi PRK itu di sini, hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu jentera parti bekerja semata-mata kedudukan dirinya sebagai calon perdana menteri, sebaliknya mahu mereka berjuang demi menyaksikan negara ini ditakbir dengan baik dan adil tanpa penyalahgunaan kuasa.

Dalam pada itu, Anwar, turut menyarankan anggota jentera bergerak dari rumah ke rumah dan mendapatkan maklum balas daripada pengundi mengenai apa yang mereka mahukan dan menjelaskan apa yang boleh PH lakukan.

PRK Port Dickson menyaksikan Anwar, 71, menghadapi saingan tujuh penjuru menentang calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding pada PRK itu dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan kaum-kaum lain (dua peratus). – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd