• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah CEO Cradle Fund Selamat Dikebumikan Kali Kedua

oleh
16/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat kedua dijalankan lapan hari lalu, jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan dikebumikan untuk kali kedua di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, hari ini.

Jenazah yang dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan diiringi dua anggota polis bermotosikal tiba pada jam 11.35 pagi.

Turut kelihatan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dinaiki oleh pegawai penyiasat kes sementara ahli keluarga terdekat Nazrin tiba sepuluh minit kemudian.

Pengebumian semula selesai kira-kira satu jam kemudian, pada jam 12.30 tengah hari.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, jasad Nazrin akan dikebumikan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pengebumian semula ditangguhkan selepas ahli patologi meminta sedikit masa untuk melengkapkan proses bedah siasat.

Pada 8 Oktober lalu, jenazah Allahyarham Nazrin dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh mangsa.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifikasi sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lalu yang pada mulanya dilaporkan sebagai berpunca akibat letupan telefon bimbitnya. – BH Online

Tags: CEO Cradle Fund
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samirah, Dua Anak Bebas, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

21/06/2022
0

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua anak remaja lelakinya atas pertuduhan membunuh...

Samirah Tak Setuju Duit Insurans Nazrin Diguna Bayar Hutang

30/12/2019
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd