• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Peguam Negara Digesa Tidak Dakwa Adik Lokman

oleh Cj Mnh
05/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara digesa supaya tidak menimbang untuk mendakwa Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, kerana menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri yang bertanggungjawab bagi hal undang-undang, Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.

“Ini mencerminkan Perdana Menteri kita begitu berjiwa besar. Sebagai pemimpin negara dan menteri kerajaan, kami sering menjadi bahan cemuhan dan kritikan orang ramai.

“Perkara yang perlu diperhatikan ialah sesuatu kenyataan yang dibuat terhadap pemimpin politik janganlah besifat menghasut kerana undang-undang memperuntukan bahawa tindakan boleh diambil terhadap orang yang menabur fitnah.

“Malah, undang-undang juga memperuntukkan bahawa seseorang yang difitnah, boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Liew berkata demikian bagi mengulas penahanan Azman baru-baru ini selepas dia didakwa menyebar gambar yang menghina Mahathir melalui media sosial.

Semalam, Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil terhadap Azman kerana ahli politik perlu bersedia untuk dikritik.

Menurut perdana menteri, beliau pernah dicemuh dengan pelbagai gelaran semasa menyandang jawatan itu sebelum ini, tetapi tidak pernah mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

“Saya tak kisah dihina oleh sesiapa pun; ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya.

Menyentuh tentang Akta Hasutan, Liew berkata, pada masa ini, proses memansuhkan akta itu sedang diteliti jawatankuasa dan kementerian berkenaan.

“Kertas Kabinet akan dikemukakan untuk pertimbangan jemaah menteri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata terdapat peruntukan dalam Akta sedia ada yang memelihara kedudukan pemerintah negara itu iaitu Yang Di Pertuan Agong daripada semua bentuk serangan hasutan.

“Sebagai Raja Berperlembagaan kita, baginda perlu dihormati dan kita perlu sentiasa setia kepada Raja kita seperti yang termaktub dalam Rukun Negara,” katanya.

Sementara itu, Liew berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman tidaklah terlalu terkhilaf dalam kenyataannya kerana Akta Hasutan belum dimansuhkan lagi.

Terdahulu, Azis, yang juga Anggota Parlimen Sepanggar daripada Warisan, berkata kenyataannya sebelum ini berhubung isu itu tidak bermakna beliau bersetuju Akta itu dikekalkan. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutanjabatan peguam negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid DNAA – Hujah Jabatan Peguam Negara

04/09/2023
0

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberi hujah 11 alasan mengapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd