• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Selangor Sita Produk Kosmetik Tidak Berdaftar

oleh Ahmad Albab
20/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah merampas sebanyak 2,669 kotak produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai kira-kira RM407,000, dalam satu serbuan di beberapa lokasi di negeri ini, Selasa lepas.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata serbuan yang dijalankan itu merupakan hasil maklumat orang awam serta risikan dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Selangor.

“Kita menerima aduan awam berkenaan penjualan produk serta kosmetik ini yang disyaki mengandungi racun berjadual yang mana telah dijual secara dalam talian melalui platform e-dagang.

“Penjual juga dikesan menggunakan khidmat kurier untuk menghantar barangan mereka terus kepada pembeli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua produk dan kosmetik yang dirampas akan disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kementerian menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian selain memastikan produk tersebut mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

“Orang ramai juga boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian KesihatanProduk Kosmetik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Produk Tradisional, Kosmetik Bernilai RM10.1 Juta Dirampas

Produk Tradisional, Kosmetik Bernilai RM10.1 Juta Dirampas

15/11/2024
0

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 70,000 kotak produk tradisional tidak berdaftar dan...

KKM Batal Notifikasi Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

KKM Batal Notifikasi Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

21/08/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd