• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Dipukul Suami Berang Keretanya Calar

oleh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat kesan calar di kereta lelaki itu selepas isterinya terlibat dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita itu membuat laporan polis pada 9.46 malam tadi dan mendakwa mangsa yang berusia 40 tahun dicederakan suaminya dalam kejadian pukul 5.15 petang semasa berada di rumah mereka di Butterworth.

“Suami mangsa berusia 42 tahun berang selepas mendapati keretanya calar kerana isterinya terlibat dalam kemalangan bertindak memukul wanita itu dengan menarik rambut, memukul menggunakan tangan serta kerusi, menolak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sebelum melarikan diri.

“Semasa kejadian, ibu mangsa yang berada di rumah mereka turut sama menghalang suspek dari terus mencederakan anak perempuannya itu namum tidak berjaya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka memanjang di atas kepala akibat dihentak dengan objek keras.

Noorzainy berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod lampau termasuk kesalahan memukul isterinya dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata pengetua sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, direman selama tiga hari sehingga 28 Oktober ini.

Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing. – BERNAMA

Tags: pukul isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proses Bidaan Kapal Mewah Equanimity Bermula Isnin

Next Post

4 Lelaki Ditahan Bersama 6 Ekor Lembu Seludup

Related Posts

Pukul Isteri Dengan Kayu Kerana Cemburu

17/04/2022
0

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk memukul isterinya dirampas polis di ladang kelapa...

Peniaga Didakwa Cederakan Isteri Ketiga Hingga Parah

17/06/2021
0

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri...

Next Post

4 Lelaki Ditahan Bersama 6 Ekor Lembu Seludup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd