• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isnin Cuti Jika ‘The Bos Gaurus’ Rangkul Piala Malaysia

oleh
27/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Kerajaan negeri Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini (29 Okt) sekiranya pasukan bola sepak negeri berjaya merangkul Piala Malaysia pada perlawanan akhir menentang skuad Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata perkara itu telah diputuskan selepas perbincangan bersama Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.

“Ini merupakan satu detik bersejarah arena bola sepak Perak dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri yang memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Perak sehingga mara ke final Piala Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jom Niaga Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) di sini hari ini.

Lee berkata kerajaan negeri juga akan memberi ganjaran serta insentif selain daripada wang kepada semua pemain serta pegawai yang terlibat dan pengumuman mengenainya dijangka selepas Perak menjulang trofi Piala Malaysia.

“Marilah kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi serta semangat kesukanan yang tinggi demi memastikan lakaran sejarah kejayaan pasukan Perak dapat direalisasikan pada pertemuan akhir ini,” katanya.

Kali terakhir Perak merangkul Piala Malaysia adalah pada tahun 2000, selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di stadium sama. – BERNAMA

Tags: Final Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Pengadil Luar Negara Untuk Final

05/11/2019
0

JITRA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) didesak supaya mempertimbangkan permintaan banyak pasukan yang...

Perak Akhiri Kemarau 18 Tahun

28/10/2018
0

SHAH ALAM - Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dan menambah gelaran kelapan apabila menewaskan Terengganu (TFC) 4-1...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd