• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Insiden Berlaku Depan Mata, Syukur Allah Selamatkan Saya”

oleh Ahmad Albab
22/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin mengakui berada di tempat kejadian insiden langgar lari sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu.

Tya berkata, dia terkejut apabila kemalangan tragis yang berlaku di dapan matanya itu hampir melibatkan dia dan suami yang turut berada di tempat kejadian.

“Saya berada di tepi jalan sedang turun membuka pintu kereta, kejadian itu berlaku betul-betul dekat dengan kami.

“Mujur kereta yang melanggar itu tidak terus menggila ke kanan. Syukur Allah masih nak selamatkan saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Tya yang ketika itu mahu ke kedai fotostat berhampiran bagi membuat salinan pasport berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian bergegas untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Tya dan suaminya Asyraf berada di tempat kejadian langgar lari.

Pada malam Rabu lalu, seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya Rabu malam.

Mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales, dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam itu, katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi 18 Okt.

Dalam pada itu, Tya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersimpati dengan kejadian itu.

“Rasa sedih bila membaca berita mangsa meninggal dunia, salam takziah juga buat keluarga arwah. Malang tidak berbau saya semua berhati-hati terutamanya apabila kita berada di jalan raya,” ujarnya. – mStar Online

Tags: pelakonTya Arifin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd