• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inovasi Penjagaan Kesihatan Penting, Bukan Isu Baharu

oleh
19/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Inovasi dalam penjagaan kesihatan bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia satu keperluan dan merupakan bahagian yang penting dalam bidang perubatan hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata inovasi menyumbang kepada peningkatan kecekapan hospital, kualiti yang lebih baik dan mengurangkan kos.

“Apa yang lebih penting, teknologi memberi peningkatan kepada inovasi. Sama ada ia pembaharuan atau pertambahan, inovasi penting dalam industri penjagaan kesihatan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan KPJ ke-21 di sini hari ini.

Dr Dzulkefly menekankan bahawa inovasi dalam penyampaian penjagaan kesihatan memerlukan penyedia menumpukan pesakit dalam setiap proses dan perkhidmatan.

Menurut beliau, pesakit kini berkuasa, diberi kuasa oleh ‘auntonomi pesakit’, justeru pemikiran ini mesti diguna pakai semua orang di atas dan di bawah sistem penyampaian.

Dr Dzulkefly juga percaya teknologi penjagaan kesihatan seperti prosedur diagnostik dan pengimejan boleh membantu golongan profesional perubatan dalam mendiagnosis keadaan perubatan yang sebelum ini sukar dan mengambil masa untuk didiagnosis.

“Hari ini kita menyaksikan pergantungan yang amat besar terhadap peranti, didorong oleh peningkatan kecanggihan teknologi klinikal, aplikasi mobil, peranti elektronik baharu dan banyak lagi.

“Dalam 10 tahun akan datang, pembangunan teknologi seperti robotik dan automasi akan mengubah pasaran pekerjaan dan juga sifat kerja itu sendiri.

“Ubat-ubatan baharu, perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang dibangunkan daripada penyelidikan perubatan akan membawa kepada kejayaan rawatan untuk banyak penyakit,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting, pesakit mempunyai akses mudah kepada maklumat perubatan, terima kasih kepada Internet yang mana pesakit mencari dan mendapatkan maklumat untuk membuat pilihan yang tepat bagi rawatan dan penjagaan mereka.

Dengan penglibatan pesakit yang lebih ramai, Dr Dzulkefly berkata pengamal perubatan dan penjagaan kesihatan dapat melihat populasi yang lebih peka terhadap kesihatan mereka.

“Kami perlu bersedia untuk pesakit yang mengharapkan akses mudah ke maklumat penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada pengalaman penjagaan kesihatan harian mereka secara keseluruhan. Potensi dalam bidang ini adalah luas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd