• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikut Garis Panduan Atau Permit Dibatalkan – Kjaan Terengganu

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu tidak menyekat penganjuran sebarang karnival atau persembahan berbentuk hiburan di negeri itu tetapi pihak penganjur harus mengikut garis panduan dan syarat yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata ia satu prosedur standard kerajaan negeri jika pihak berkenaan mahu permit program yang dicadang, diluluskan.

“Kita bukan lulus semua persembahan yang hendak diadakan dan kita juga tidak menyekat semua, tetapi ia bergantung kepada garis panduan yang telah kerajaan telah tetapkan.

“Jika mereka patuh dengan syarat yang kita keluarkan, maka kita luluskan permit yang mereka mohon,” katanya mengulas pembatalan program hiburan Island Music Festival 2018 di Pulau Redang baru-baru ini.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemeliharaan Kelulut anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dengan kerjasama Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini hari ini.

Alias bagaimanapun menegur sikap sesetengah penganjur yang terburu-buru mengiklankan program mereka kepada orang ramai sebelum permit mengadakan persembahan dipohon dan diluluskan kerajaan negeri.

Katanya, sikap sedemikian akan memberi imej yang buruk kepada kerajaan negeri kerana kononnya telah meluluskan permohonan sedangkan permit belum diluluskan.

Tegasnya, setiap persembahan yang diluluskanpun akan dipantau oleh pegawai berkenaan dan program akan dibatalkan serta-merta jika dilihat melanggar garis panduan yang ditetapkan.

Mengenai pemeliharaan kelulut, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu berharap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tunggal menjadi contoh kepada MPKK kawasan lain dalam perusahaan kelulut.

“Sebagai projek rintis, buat permulaan kita sasarkan setiap rumah MPKK mempunyai sebuah sarang kelulut untuk mendapatkan madu. Jika berjaya, ia boleh dikembangkan ke DUN lain di seluruh negeri bagi menambah hasil pendapatan keluarga,” katanya.

Terdapat 25 MPKK di DUN Bukit Tunggal dan setiap MPKK mempunyai 15 anggota yang diharap dapat mengusahakan sebuah sarang kelulut bagi setiap keluarga untuk mendapatkan madu berkhasiat itu. – BERNAMA

Tags: Permitpersembahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebuah Lagi Muzium Dirancang Dibuka Di Batu Pahat

Next Post

Pusat Akuatik Tuanku Zara Dijangka Dibuka Kepada Umum Bulan Ini

Related Posts

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

28/06/2023
0

George Town – Tindakan seorang pemandu lori membawa 14 ekor lembu korban tanpa permit pemindahan akhirnya membawa padah apabila dia...

Ramai Bantah Persembahan Jocelyn Chia Di Malaysia

Ramai Bantah Persembahan Jocelyn Chia Di Malaysia

25/06/2023
0

PETALING JAYA – Perancangan pelawak kontroversi, Jocelyn Chia dan rakannya yang juga pelawak komediri, Chrissie Mayr untuk membuat satu persembahan...

Next Post

Pusat Akuatik Tuanku Zara Dijangka Dibuka Kepada Umum Bulan Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd