• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati Hukum-Hukum Islam

oleh Ahmad Albab
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mesti menghormati Islam kerana ia agama bagi persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, disebabkan itu, masyarakat mesti menghormati segala hukum-hukum Islam walaupun golongan bukan Islam.

“Maka setiap umat di negara ini berpegang kepada perlembagaan, wajiblah menghormati agama itu (Islam). Jadi kalau agama itu melarang membuat pesta arak, tak bolehlah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas tentang beberapa isu yang mencabar umat Islam sejak akhir-akhir ini antaranya pesta arak Oktoberfest dan menjual makanan berasaskan khinzir secara terbuka dalam sebuah ekspo di Melaka.

Harussani berkata, kerajaan juga perlu faham dan mematuhi perlembagaan negara dengan melarang program yang bertentangan dengannya.

“Kerajaan tidak boleh beri kebenaran, itu melanggar perlembagaan. Mereka kena faham itu. Tidak boleh dibenarkan adanya pesta arak kerana di dalam perlembagaan menyatakan Islam agama persekutuan negara.

“(Kalau kebenaran diberi) sama saja (seperti) dia minum arak, kemudiam cakap ‘saya tak minum arak’ sebab membenarkan (adakan pesta arak) pun sama hukumnya dengan minum. Dari segi hukum arak ini, orang yang beli, tolong beli atau tunjukkan kedai, dosanya sama dengan dia minum. Arak ini sebesar-besar maksiat,” katanya.

Menurutnya, penganjuran pesta yang melibatkan orang ramai dan seolah-olah bersifat satu kempen itu tidak boleh diterima.

“Dia nak minum, dia punya pasal, tetapi (perlu) di rumahnya atau di tempat-tempat tertentu sahaja bagi dia,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: hukum IslamTan Sri Harussani Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Adalah Harus

10/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan...

Hukum Wanita Bergaul Dengan Lelaki Lembut

07/09/2018
0

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan. Islam tidak menghalang komunikasi dan perhubungan sosial selagi ia tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd