• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Diberi Sasaran Ke Final Piala AFF

oleh
17/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola sepak Malaysia meletakkan sasaran final kepada skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF (Konfederasi Bola Sepak ASEAN) 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember ini.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sasaran itu merupakan Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh beliau terhadap skuad kendalian Tan Cheng Hoe sejak dipilih menerajui kerusi panas itu pada Julai lalu.

“Saya dah tetapkan lama, untuk Sukan SEA Filipina 2019 (kendalian Datuk Ong Kim Swee) dan Piala AFF Suzuki, kita mahu final. Saya sasar final untuk kejohanan di peringkat ASEAN, itu KPI saya.

“Tapi ingin saya jelaskan itu adalah KPI, kalau jurulatih tak capai, kita tunggu dulu laporan kerana mereka mungkin ada alasan kukuh…Bukan bermakna bila saya cakap final, saya tak akan baharui kontrak,” katanya di Wisma FAM hari ini.

Beliau ditanya mengenai sasaran itu pada sidang media selepas majlis pelancaran Diploma Pengajian Bola Sepak UiTM dan majlis penyerahan bendera pasukan UiTM ke Kejohanan Asia University Footbal Championship di China.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata untuk kejohanan peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pihaknya telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke pusingan 16 terakhir.

“Untuk AFC, kita mahu kekalkan pencapaian ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi presiden…Itu penanda aras saya,” katanya.

Malaysia pernah mara ke final Piala AFF sebanyak tiga kali, tetapi hanya pernah muncul juara pada edisi 2010, manakala pada edisi sulung 1996 dan 2014, Harimau Malaya muncul naib juara selepas tewas kepada Thailand di final dalam kedua-dua edisi berkenaan.

Sementara itu, Hamidin berkata kehadiran pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh memberikan lebih banyak pilihan pemain kepada Cheng Hoe untuk memperkuatkan jentera serangan negara sempena Piala AFF.

“Saya rasa Cheng Hoe akan kumpulkan barisan pemain terbaik untuk saingan kali ini. Beliau masih menguji pemain yang sedia ada sepanjang beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini… Beliau dijangka umum pemain yang dipilihnya pada minggu depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Selesai Kemelut FAS

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalahan yang melanda...

Saya Terbuka, Sedia Dikritik – Hamidin

26/09/2018
0

PETALING JAYA — Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd