• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Perlu Selaras Ikut SST Mulai 15 November

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mulai 15 November depan, semua pasar raya besar dan kedai runcit berangkai di seluruh negara perlu menyelaras harga baharu bagi semua jenis barangan mengikut sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada 1 September lalu.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata kedua-dua perusahaan berkenaan diberi kelonggaran lebih dua bulan kerana terdapat masalah sistem penyelarasan harga yang berbeza.

“Ada kedai, stok lama mereka sudah habis dan ada beberapa kedai lagi masih mempunyai stok lama itu. Persoalan timbul adakah mereka boleh mengenakan harga baharu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung penguatkuasaan anti-pencatutan di bawah Operasi Catut 5.0.

“Hypermarket dan kedai runcit berangkai ini mempunyai sistem harga di mana semua barangan mereka di seluruh negara mempamerkan harga yang sama. Mereka ada sistem yang mana harga barang ditetapkan di peringkat ibu pejabat. Jadi, mereka menulis surat kepada kementerian dan kami pun telah melakukan kajian sebelum memberikan kelonggaran ini,” tambahnya.

Ditanya mengenai penjualan stok lama kepada pengguna, Mohd Roslan berkata hanya tinggal sedikit barangan stok lama untuk dijual sebelum tempoh penyelarasan harga pada 15 November itu berikutan kajian yang dijalankan.

Mohd Roslan turut menerangkan bahawa kadar cukai jualan yang dikenakan adalah tidak sama bagi semua barangan yang terdiri daripada 0 peratus, 5 peratus dan 10 peratus, manakala kadar cukai perkhidmatan adalah 6 peratus.

Berhubung Operasi Catut 5.0, Mohd Roslan berkata pihaknya telah mengeluarkan empat kertas siasatan ke atas empat buah perniagaan yang dikenal pasti gagal mengikut sistem SST.

“Kita menunggu arahan Jabatan Peguam Negara sama ada mereka didakwa atau dikenakan kompaun,” katanya.

Menurutnya, sehingga hari ini, sebanyak 20,259 premis telah diperiksa melibatkan sebanyak 490,328 barangan dalam operasi fasa 2 yang melibatkan pemeriksaan pencatutan ke atas setiap rantaian perniagaan di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

“Sebanyak 166 notis telah dikeluarkan di bawah seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 bagi melihat pematuhan peniaga terhadap perundangan, dan 1,826 notis di bawah seksyen 53A AKHAP 2011 telah dikeluarkan untuk peniaga menyenggara dan menyimpan rekod perniagaan,” katanya.

Mohd Roslan berkata pihaknya menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan, melalui SMS ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN, aplikasi telefon pintar EzAdu KPDNKK atau melalui saluran baharu dan popular iaitu aplikasi Whatsapp KPDNHEP di 019-279 4317. – BERNAMA

Tags: Harga BarangSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

Kerajaan Sedia Teliti Semula Peluasan SST – Supol Menteri Kewangan

17/06/2025
0

IPOH – Kerajaan bersedia meneliti semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya terdapat kelompongan atau aduan berhubung pelaksanaannya...

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

Penambahbaikan SST Dijangka Jana Hasil RM51.7 Bilion Pada 2025 – Amir Hamzah

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2025, dianggar menjana hasil sebanyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd