• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Berapi Soputan Di Sulawesi Meletus

oleh Cj Mnh
03/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini.

Gunung itu meletus pada 8.47 pagi tadi (waktu Indonesia Timur) dan mengeluarkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter yang kepulannya menghala ke arah barat laut, namun setakat ini dilaporkan tidak menjejaskan aktiviti penduduk atau mengganggu operasi penerbangan pesawat.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan arahan melarang penduduk melakukan kegiatan dalam lingkungan empat kilometer dari gunung berkenaan.

Buat masa ini BNPB serta Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) sedang memantau perkembangan letusan gunung berapi itu, katanya.

Kali terakhir gunung berapi berketinggian 1,784 meter yang terletak kira-kira 56 km dari Kota Manado itu meletus ialah pada 2015.

Pada Jumaat lepas, Sulawesi Tengah dilanda gempa bumi dan tsunami yang menyebabkan lebih 1,000 orang disahkan terkorban setakat ini selain memusnahkan puluhan ribu bangunan dan kediaman.

Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 pada Skala Richter itu turut mencetuskan lebih 250 gempa susulan sehingga kini.
– BERNAMA

Tags: Gunung Berapi Soputanmeletus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketukan Misteri Terus Hantui Penduduk Kampung Kepis Ulu

Gunung Berapi Indonesia Meletus, Amaran Berjaga-jaga Tertinggi Dikeluarkan

10/01/2024
0

JAKARTA: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus semula hari ini, memuntahkan awan abu setinggi dua kilometer (km) di atas puncaknya...

Gunung Berapi Merapi Meletus, Abu Sehingga 300 Meter

Gunung Berapi Merapi Meletus, Abu Sehingga 300 Meter

08/01/2023
2

JAKARTA: Gunung berapi Merapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus selama kira-kira 45 saat semalam, mengakibatkan abu bertebaran sehingga 300...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd