• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Great Britain Muncul Juara Piala Sultan Johor 2018

oleh
13/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Great Britain muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2018 selepas menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya di sini, malam ini, ​​​​​​​sekali gus merangkul kemenangan kali kedua pada kejohanan tahunan itu.

Skuad hoki remaja Great Britain yang terlepas kejuaraan tersebut di tangan Australia pada edisi tahun lepas, pernah muncul juara edisi kelima kejohanan berkenaan pada 2015.

Pada perlawanan malam ini, India bermula garang apabila membuka tirai jaringan melalui gol padang seawal minit keempat menerusi Gursahibjit Singh, sebelum Great Britain menyamakan kedudukan 1-1, selang empat minit kemudian menerusi gol padang Daniel West.

Tersentak dengan jaringan tersebut, anak buah Jon Bleby menggandakan asakan dan berjaya menyumbat masuk ​​​​​​​gol kedua dan ketiga menerusi James Oates melalui gol padang, masing-masing pada minit ke-39 dan 42.

India yang muncul juara edisi 2013 dan 2014, berjaya merapatkan defisit jaringan setelah ​​​​​​​memperoleh gol kedua menerusi gol padang Abhishek, lima ​​​​​​​minit sebelum perlawanan berakhir, namun terpaksa berputih mata apabila kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, Australia menamatkan saingan di tempat ketiga selepas membenam Jepun 6-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Juara kejohanan edisi keenam dan ketujuh itu memperoleh gol menerusi ​​​​​​​gol padang Niranjan Gupte pada minit kelima dan 38 serta Ben Staines (minit ke-17 dan 34), juga masing-masing hasil gol padang.

Damon Steffens turut menempatkan diri sebagai penjaring apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-17 selain gol padang Jake Staines minit ke-58.

Jepun pula meraih gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Raiki Fujishima pada minit ke-29.

Sementara itu, Malaysia menduduki tempat kelima selepas menewaskan New Zealand 6-3 dalam saingan penentuan tempat kelima dan keenam, petang tadi.

Pada kejohanan kali ini, pemain India Prabhjot Singh memenangi Anugerah Pemain Terbaik sementara pemain Australia, Nathan Ephraums mengungguli Anugerah Penjaring Terbanyak.

Penjaga Gol Terbaik pula dimenangi Oliver Payne dari Great Britain.

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir itu, turut menyampaikan trofi kejuaraan kepada Great Britain. – BERNAMA

Tags: hokiSOJC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd