• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fatehah Mustapa Enggan Kibar ‘Bendera Putih’

oleh
11/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Meskipun dilihat sedang menghampiri fasa kejatuhan prestasi, ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa enggan mengibarkan ‘bendera putih’ dan meletakkan titik noktah terhadap kariernya.

Sebaliknya, pelumba kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu optimis dengan fokus serta latihan rapi beliau mampu kembali beraksi pada tahap terbaik sekali gus merealisasikan impiannya untuk menyumbang pingat kepada negara pada temasya Sukan OIimpik Tokyo 2020.

“Bagi saya ‘masa’ saya belum tamat. Saya masih di pertengahan (antara permulaan dan penghujung karier) dan belum capai lagi matlamat terulung saya. Masih ada beberapa bulan untuk saya berlatih dan kembali ke tahap terbaik sebelum ini.

“Misi utama saya adalah untuk bawa pulang pingat di Tokyo dan apa yang paling penting ketika ini adalah untuk melayakkan diri ke Olimpik. Kemudian baru kita akan mula berfikir cara untuk berada di kedudukan podium di Tokyo,” katanya ketika ditemui Bernama di Kejohanan GP Trek Asia Tenggara 2018 di Velodrom Nasional, Nilai di sini, hari ini.

Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Asia 2012 dan pecut (2013) itu berkata bukan mudah untuk layak ke Olimpik 2020 memandangkan terdapat perubahan pada syarat kelayakan kali ini, namun beliau bersedia berdepan setiap cabaran mendatang.

“Nak kumpul mata ke Olimpik sebenarnya memang susah kerana ia banyak peringkat dan syarat kelayakan baharu ini menjadikan saingannya lebih sengit. Tetapi saya berharap sebelum Kejohanan Dunia 2019 nanti saya dapat berada di kedudukan 15 terbaik untuk sahkan tempat di Tokyo,” katanya.

Fatehah sebelum ini mendapat kritikan daripada beberapa pihak susulan prestasi terumbang-ambing di pentas kejohanan antarabangsa termasuk gagal menyumbang sebarang pingat di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Ekoran masalah prestasi tersebut, beliau yang meraih pingat perak acara keirin pada Sukan Asia 2014 di Incheon sekali gus mencipta sejarah muncul wanita pertama negara memenangi pingat acara berbasikal, turut digugurkan daripada skuad negara ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Beliau turut berlatih berasingan daripada skuad elit negara yang menjalani latihan di Melbourne, Australia.

Dalam pada itu, ketua jurulatih negara John Beasely mengakui Fatehah adalah seorang pelumba berbakat namun hanya kerja keras dan fokus yang akan menentukan sama ada beliau mampu beraksi di pentas Olimpik 2020 atau pun tidak.

“Saya fikir semua orang tahun dia tida berada dalam keadaan terbaik. Dia kata dia komited untuk mencuba dan melayakkan diri ke Olimpik. Jadi kita pegang kata dia dan kita akan buat apa yang boleh dilakukan tetapi dia perlu mula lakukan lebih dari dirinya.

“Dia seorang pelumba yang berkualiti dan jika dia boleh dapat minatnya semula dan dia boleh berusaha dan kerja keras .. sudah tentu ia adalah sukar untuk beliau, sebab dia berada jauh di belakang. Jadi dia perlu untuk berada di dalam keadaan terbaik dalam tempoh 12 bulan untuk mendapatkan mata yang banyak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fatehah Mustapa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fatehah Tersingkir Seawal Pusingan Kedua Acara Pecut

18/02/2018
0

NILAI - Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa kecundang seawal pusingan kedua acara pecut wanita elit pada Kejohanan Berbasikal Trek...

Fatehah Raih Pingat Gangsa 500M Ujian Masa

18/02/2018
0

NILAI — Pelumba trek wanita negara, Fatehah Mustapa menyumbang pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd