• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Dedah Maklumat Pembunuhan Khashoggi Selasa Ini

oleh Haris
22/10/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pada Ahad yang beliau akan mendedahkan maklumat terkini tentang pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dalam satu pertemuan dengan ahli parlimen Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada Selasa ini.

“Kami menuntut keadilan dan ini akan didedahkan semuanya, secara keseluruhan,” kata Erdogan.

“Ini bukan satu kes biasa. Saya akan membuat kenyataan pada hari Selasa di mesyuarat parlimen AKP. Insiden ini akan didedahkan segalanya,” katanya dalam satu majlis perasmian laluan keretapi metro di Istanbul.

Kenyataan beliau ini merupakan satu amaran kepada pihak terbabit, Arab Saudi dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat, dan akan mendorong pihak terlibat berunding dengan Ankara.

Turki sejak awal menggunakan insiden ini untuk menuntut sesuatu daripada Arab Saudi yang akan menghadapi kesan amat buruk sekiranya dapat dikaitkan dengan pembunuhan ini.

Riyadh sudah pun berdepan tekanan daripada negara-negara Eropah dan rakan-rakan perniagaannya yang mula menjarakkan diri daripadanya.

Tindakan Erdogan memberi tempoh hingga hari Selasa dilihat sebagai satu usaha terbaru untuknya mendapatkan manfaat politik sepenuhnya daripada kejadian ini.

Sejurus sebelum Erdogan membuat kenyataan akan mendedahkan perincian pembunuhan pada Selasa, jurucakap partinya mengumumkan Turki akan mendedahkan maklumat berhubung pembunuhan Khashoggi.

Pemerhati kini melihat tindakan susulan Riyadh yang cuba menyelamatkan diri daripada insiden pembunuhan ini, yang sejak awal telah dikait sebagai pihak bertanggungjawab oleh perisikan Turki. – Agensi

Tags: Presiden Recep Tayyip Erdogan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Turki Ikrar Akan Terus Musnahkan Pengganas

31/12/2018
0

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Ahad berikrar bahawa negaranya akan terus memusnahkan pengganas sebagaimana yang dilakukan oleh Ankara...

Israel Sengaja Mahu Hapus Sejarah Islam Baitulmaqdis

16/12/2018
0

ZIONIS Israel sengaja mahu menghapuskan kesan sejarah warisan umat Islam di Baitulmaqdis sejak 50 tahun lalu, kata Presiden Turki Recep...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd