• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Calon PRK Port Dickson Akur Kemenangan Anwar

oleh
13/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kesemua enam calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akur dengan kekalahan mereka kepada calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemuanya turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada mereka meskipun ada dalam kalangan calon, pertama kali menyertai pilihan raya.

Calon bebas yang juga pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen menyifatkan kemenangan Ketua Umum PKR itu memang sudah diduga manakala bekas pensyarah universiti swasta dan merupakan satu-satunya calon wanita, Lau Seck Yan, akur dan menghormati keputusan yang dibuat pengundi Port Dickson.

“Tahniah kepada semua calon yang bertanding… ini semangat demokrasi yang diperjuangkan…semua datang (bertanding) atas dasar untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini, malam ini.

Calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar pula berpandangan keputusan PRK parlimen itu yang tidak memihak kepadanya merupakan perintis kepada permulaan kerjasama PAS dan UMNO di dalam blok pembangkang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang bertanding atas tiket Bebas ketika dihubungi Bernama juga menerima keputusan yang dibuat pengundi Port Dickson dengan tangan terbuka.

“Terima kasih juga pada mereka yang mengundi saya dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangannya,” katanya.

Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi kenyataan hari ini menyifatkan kekalahannya adalah sebagai permulaan kepada kejayaan peribadinya sebagai calon Bebas meskipun tidak dipilih menjadi wakil rakyat.

Sementara personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong pula mengharapkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dapat memberi sumbangan positif di kawasan berkenaan serta menegakkan agenda Pakatan Harapan dan menunaikan harapan yang diberikan rakyat.

Pada PRK itu, Anwar, 71, memperoleh 31,016 undi, menewaskan Mohd Nazari (7,456 undi) dan lima calon Bebas; Saiful Bukhari (82 undi); Mohd Isa (4,230 undi); Lau (214 undi); Stevie Chan (337 undi) dan Kan (154 undi). – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Angkat Sumpah Isnin Ini

Next Post

Great Britain Muncul Juara Piala Sultan Johor 2018

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

Great Britain Muncul Juara Piala Sultan Johor 2018

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd