• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lagi Tokoh Dilantik Ahli Majlis MPPK

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat lagi tokoh dilantik menganggotai Majlis Penasihatan Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2020 yang akan memainkan peranan menasihati Menteri Pendidikan dan sekaligus memperkasa pendidikan negara.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata MPPK yang diketuai bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin selaku Pengerusi, dan Tan Sri Yong Poh Kon, Timbalan Pengerusi, kini mempunyai sembilan ahli majlis yang akan menasihati beliau dalam bidang pendidikan daripada peringkat pra sekolah sehingga pendidikan tinggi.

Beliau berkata empat lagi ahli majlis baharu yang dilantik ialah pakar pendidikan dan latihan bagi bidang teknikal dan vokasional (TVET) Datuk Boonler Somchit; Setiausaha Agung Persatuan Pendidikan Malaysia P. Ramanathan; Ahli Senat Universiti, Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Omar Yaakob; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Sains, Teknologi dan Inovasi) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Prof Madya Dr Ramzah Dambul.

“Anggota MPPK yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan. Ini merupakan kumpulan terbaik membantu memperbaiki sistem pendidikan negara ke tahap lebih tinggi.

“Kita tidak meletakkan perwakilan (ahli majlis MPPK) mengikut ethnicity sebaliknya berdasarkan kepakaran mereka.

“MPPK ini ibarat Avengers Team (siri tv) kerana mempunyai kepakaran pelbagai yang akan membuka lembaran baru kepada bidang pendidikan negara,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan MPPK 2018-2020 di sini hari ini.

Pada 16 Ogos, Maszlee mengumumkan lima tokoh yang dilantik sebagai ahli majlis iaitu Pengasas Bersama dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim; Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional Datuk Satinah Syed Saleh; pakar mata pelajaran kimia dan sains nuclear, Datuk Dr Sukiman Sarmani; dan Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara Brigadier Jeneral Datuk Yusri Anwar; dan Prof Dr Ruzita Mohd Amin.

Maszlee berkata MPPK akan bermesyuarat dalam tempoh empat minggu ini untuk menentukan KPI kepada beliau.

Sementara itu, Wan Mohd Zahid berkata barisan MPPK sedia memikul amanah dan tanggungjawab itu untuk memajukan bidang pendidikan negara.

“Kami yakin dapat bekerjasama dengan pihak kementerian. Dengan adanya interaksi yang diadakan, kami sedia bekerja sebagai satu pasukan demi kebaikan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

SPRM Berjumpa Maszlee Isu 1BestariNet

29/09/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melibatkan isu...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sebagai Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd