• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Wan Azizah Kunjungi Presiden Jokowi

oleh Cj Mnh
09/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOR (Indonesia) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memulakan lawatan kerja sehari beliau ke Indonesia pada Selasa dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam pertemuan 30 minit di Istana Presiden Bogor, Dr Wan Azizah dan presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi, membincangkan pelbagai perkara membabitkan hubungan dua hala.

Dr Wan Azizah diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Indonesia Retno LP Marsudi dan Menteri Sekretaris Negara Muhadjir Effendy.

Lawatan Dr Wan Azizah ke Indonesia adalah kunjungan pertama beliau ke negara berjiran sejak dilantk sebagai timbalan perdana menteri pada 21 Mei susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum Mei lepas.

Aturcara lawatan beliau yang padat termasuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan pertemuan dengan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Yohana Susana Yembise.

Dr Wan Azizah juga dijadual melawat Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana untuk mengikuti taklimat tentang tugas penyelarasan semasa yang dilaksanakan oleh pusat berkenaan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dari negara anggota ASEAN kepada mangsa gempa bumi dan tsunami baru-baru ini di Sulawesi Tengah.

Lewat petang Selasa, timbalan perdana menteri akan bertemu kapten industri Indonesia dan diaspora Malaysia di Jakarta.

Indonesia adalah sebuah daripada rakan akrab dan jiran terpenting bagi Malaysia.

Pada 2017, jumlah dagangan dua hala yang dicatatkan berjumlah RM72.63 bilion, peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 2016, menjadikan Indonesia rakan dagang global ketujuh terbesar bagi Malaysia dan rakan dagang ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas Singapura serta Thailand. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailJoko Widodo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Saudara Didakwa Sumbat Anak Buah Ke Mesin Dobi Layan Diri

Next Post

Mangsa Banjir Kilat Di Kedah Naik Kepada 403

Related Posts

Presiden AS Tersandung Ketika Naik Tangga, Sempat Dipapah Jokowi

Presiden AS Tersandung Ketika Naik Tangga, Sempat Dipapah Jokowi

16/11/2022
0

JAKARTA: Presiden Amerika Syarikat (AS) tersandung ketika menaiki tangga menunju ke Taman Hutan Raya, Bali dan sempat dibantu oleh Presiden...

Jokowi Tidak Minat Jadi Presiden Penggal Ketiga

Jokowi Tidak Minat Jadi Presiden Penggal Ketiga

06/09/2022
0

JAKARTA: Joko Widodo (Jokowi) tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding semula jawatan sebagai Presiden Indonesia untuk penggal ketiga. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Mangsa Banjir Kilat Di Kedah Naik Kepada 403

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd