• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Akui Pernah Ditawar Jadi PM

oleh
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Pertama kali berkongsi pengalaman berkenaan kepada kira-kira 200 rakyat Malaysia di Indonesia sempena lawatan kerja pertamanya ke negara itu, Dr Wan Azizah berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memberi tawaran itu memandangkan beliau ialah Presiden PKR, yang simbolnya digunakan semua parti dalam PH pada PRU14.

“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kita berpegang kepada janji bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dan saya menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada acara itu di Kedutaan Besar Malaysia di sini malam ini.

Mengakui PH tidak menyangka dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun, Dr Wan Azizah melahirkan rasa syukur pertukaran kerajaan selepas PRU14 dapat dijalankan secara demokratik dan aman.

Beliau, bagaimanapun berkata PH turut tidak menyangka kerajaan diambil alih, ditinggalkan dalam keadaan jumlah hutang begitu besar dan sistem yang parah.

Justeru, walaupun beberapa janji dalam manifesto PH pada PRU14 belum dapat ditunaikan, beliau memohon agar rakyat Malaysia supaya bersabar sebelum kerajaan membawa perubahan yang diinginkan rakyat.

Menjawab soalan daripada seorang diaspora Malaysia sama ada kerajaan akan menilai menteri-menteri baharu dan menukar mereka yang tidak menunjukkan prestasi baik, Dr Wan Azizah berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian memandangkan baharu lima bulan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan.

“Beri kami sedikit masa kerana kami masih dalam ‘learning curve’ (keluk pembelajaran),” katanya sambil turut mengakui Perdana Menteri memberi amaran keras kepada jemaah menteri setiap kali mempengerusikan mesyuarat Kabinet supaya jangan sesekali terlibat dengan rasuah.

Menurutnya, hanya segelintir anggota jemaah menteri mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan iaitu Dr Mahathir dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dr Wan Azizah turut berkongsi kebanggaannya menjadi wanita pertama mempengerusikan mesyuarat Kabinet baru-baru ini, berikutan ketiadaan Dr Mahathir yang mengadakan lawatan ke luar negara.

Dr Wan Azizah mengadakan lawatan kerja sehari ke Indonesia pada Selasa, lawatan pertamanya ke negara ini selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 21 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sungkai Dilanda Banjir Kilat

Next Post

Yamaha Lancar Aplikasi, Laman Web Baharu

Related Posts

TPM Minta Rakyat Malaysia Di Brunei Beri Sumbangan Bangunkan Negara

27/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei...

Dr Wan Azizah Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi

26/02/2019
0

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar...

Next Post

Yamaha Lancar Aplikasi, Laman Web Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd