• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemput Orang Ramai Ganding Bahu Perangi Rasuah

oleh Ahmad Albab
30/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak setiap orang agar berganding bahu membantu kerajaan memerangi gejala rasuah.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk melaporkan kes rasuah kepada pihak berkuasa, dengan memberi jaminan bahawa langkah mereka itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

“Kami memerlukan sokongan rakyat. Rakyat hendaklah memahami bahawa rasuah sesuatu yang tidak baik untuk mereka. Oleh itu, mereka perlu memainkan peranan dalam menghapuskan rasuah.

“Jika terdapat sebarang bukti rasuah dalam kerajaan, kami berharap orang ramai dapat menyatakannya dan memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa terdapat pegawai rasuah dalam kerajaan,” katanya dalam ucap tama pada Persidangan Anti-Rasuah 2018 di sini, hari ini.

Beliau juga menekankan akan kepentingan dan kerjasama orang ramai dalam membasmi rasuah adalah amat penting memandangkan kerajaan bergantung kepada orang ramai untuk membantu mereka mengenai sebarang amalan rasuah yang mungkin menjejaskan mereka.

Dr Mahathir berkata pada masa yang sama, orang ramai hendaklah menyedari bahawa rasuah adalah satu jenayah dan mereka perlu jauhi perilaku rasuah seperti cuba memberi rasuah kepada pegawai untuk mendapatkan kelulusan sesuatu yang mereka kehendaki.

“Ini harapan kami agar seluruh negara ini dapat dididik dalam membasmi rasuah. Ini bermakna kita perlu mempunyai standard yang tinggi dalam sistem penilaian kita, kita hendaklah menolak rasuah dan sebagai satu bentuk jenayah yang tidak memberi faedah kepada sesiapa pun.

“Kita berharap orang ramai dapat menunjukkan sokongan mereka dalam membasmi rasuah, dan apabila para pegawai dan jentera kerajaan dibersihkan, ia akan dapat mengurangkan rasuah walaupun tidak menghapuskan sama sekali,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sejak Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan berikutan kemenangan pada PRU ke-14, kerajaan berjanji untuk memerangi rasuah.

Beliau berkata, dengan mengasingkan kuasa dalam kalangan pegawai perundangan, eksekutif dan kehakiman dan membasmikan rasuah, kerajaan juga akan memastikan bahawa ketiga-tiga badan berkenaan akan saling bantu membantu antara satu sama lain. – BERNAMA

Tags: Isu RasuahTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Tanah DBKL: Ku Nan Dipanggil SPRM Lebih 12 Kali

Next Post

MP Perlis Tidak Kelihatan Di Bukit Aman

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

Next Post

MP Perlis Tidak Kelihatan Di Bukit Aman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd