• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dihukum Tidur Di Kubur Sebab Jadi ‘Pocong’

oleh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH… Gara-gara menyamar jadi pocong, dua remaja tempatan dari Kampung Bojong Liyo di Sukmajaya, Depok, Indonesia dihukum tidur di kubur, demikian menurut laporan Detik News.

“Kami terpaksa panggil ibu bapa mereka selepas ‘pocong’ terbabit menangis di atas kubur. Kami jelaskan sengaja berpura-pura jadi pocong bukan gurauan kerana ia boleh bahayakan orang lain,” kata penduduk kampung, Fachmi.

Portal berita Detik News difahamkan bahawa Fachmi merupakan salah seorang penduduk yang berjaya menangkap ‘pocong’ terbabit. Mereka ditemani para penduduk kampung berkenaan ketika dihukum tidur di kubur.

Hukuman aneh tersebut sebenarnya bertujuan untuk beri pengajaran kepada kedua-dua remaja tersebut agar tidak ulangi perbuatan pelik berkenaan apatah lagi dicontohi orang lain pada masa akan datang pula.

“Kita tidak menggunakan hukuman dalam bentuk fizikal. Ia adalah untuk mengajar mental mereka,” kata seorang lagi penduduk, yang dikenali sebagai Oji.

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan turut bergegas melawati lokasi tersebut bagi menasihatkan kedua-dua remaja berkenaan dan ibu bapa mereka.

Polis bagaimanapun memutuskan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap remaja-remaja tersebut, menurut laporan Detik News.

“Polis tidak mengambil sebarang tindakan. Kami meminta mereka tidak mengulangi perbuatan itu,” kata jurucakap polis, Bronet. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: kuburpocong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

08/02/2026
0

NIBONG TEBAL – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kelibat “pocong” dipercayai berkeliaran di kawasan gelap berhampiran jalan...

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd