• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Perlu Kaji Semula Pengasas Sebenar Kuala Lumpur

oleh
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menjalankan kajian semula sejarah pembukaan Kuala Lumpur berikutan maklumat-maklumat baharu yang ditemui.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata penilaian itu perlu berikutan lahirnya buku baharu bertajuk “Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur” oleh Abdur Razzaq Lubis yang mengemukakan beberapa fakta kukuh bahawa Sutan Puasa adalah pengasas Kuala Lumpur.

Perkara itu penting untuk dikaji memandangkan Sutan Puasa, seorang saudagar Mandailing, merupakan individu yang “prominent” (berpengaruh) ketika itu, dan ini bercanggah dengan sejarah Malaysia menyebut Kapitan Cina yang ketiga Yap Ah Loy adalah pengasas Kuala Lumpur, katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi bicara ilmu bersama Abdur Razzaq tentang buku tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata DBKL sebelum ini tidak mempunyai maklumat yang kukuh untuk mengesahkan Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur, tetapi dengan adanya buku ini, DBKL kini mempunyai lebih maklumat untuk membuat keputusan.

“Kajian yang lebih teliti itu (akan tentukan) sama ada apa yang kita (pernah) tegaskan dulu itu betul atau sebaliknya dan melalui fakta baharu yang ada, penelitian memang perlu dibuat,” katanya.

Buku setebal 615 muka surat itu mengemukakan maklumat-maklumat baru mengenai pembukaan Kuala Lumpur, yang disertai dengan dokumen berserta peta dan gambar lama.

Abdur Razzaq dalam buku itu turut membincangkan beberapa nama yang disebut sebagai pengasas Kuala Lumpur oleh pelbagai tokoh sejarah dan penulis tempatan termasuk Yap Ah Loy, Kapitan Cina pertama Hiu Siew dan Raja Abdullah, yang merupakan Orang Besar Jajahan Klang. – BERNAMA

Tags: DBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd