• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol Mungkin Jejas Kontrak Mahal Ronaldo Dengan Nike

oleh Ahmad Albab
05/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGELUAR pakaian sukan terkemuka, Nike yang mempunyai kontrak bernilai AS$1 bilion (RM4.15 bilion) dengan Cristiano Ronaldo akan memantau secara terperinci tuduhan rogol melibatkan pemain itu.

Selain Nike, EA Sports yang turut mempunyai kontrak dengan Ronaldo turut meluahkan perkara sama.

Bintang Juventus itu kini berhadapan dengan tuduhan rogol ke atas Kathryn Mayorga yang mendakwa kejadian itu berlaku pada 2009.

Wanita berusia 34 tahun itu memfailkan saman terhadap Ronaldo berhubung dakwaan rogol di penthouse suite sebuah hotel di Las Vegas.

Mayorga turut mendakwa bekas pemain Manchester United itu mengupah sebuah pasukan untuk menghalang siasatan jenayah tersebut dan mengarahkannya menerima wang berjumlah 268,000 pound sterling supaya tidak membongkarkan kejadian tersebut.

Ronaldo bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut pada Rabu.

“Saya secara tegas menafikan tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya.

Susulan pendedahan itu, Ronaldo kini digugurkan daripada barisan pemain Portugal bagi perlawanan menentang Poland dan Scotland.

Dalam pada itu, Nike menyatakan mereka mengambil berat mengenai tuduhan itu dan akan berterusan meneliti perkembangan tuduhan itu.

“Kami sudah baca laporan mengenai dakwaan ke atas Ronaldo.

“Kami sedang memantau kes ini. Semua atlet dan duta kami perlu berkelakuan baik seiring dengan nilai syarikat da produk kami,” ujar EA Sports pula.

Penafian Ronaldo mengenai dakwaan itu di laman Twitter ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 50,000 ulang kicau (retweet).

Selain kecaman, peminat turut menghantar ucapan semangat dan kata-kata positif buat bintang itu di media sosial – BBC.Com./mStar Online

Tags: Cristiano RonaldoNike
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd