• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cukup Cukuplah!” – Najib Ingatkan PH

oleh
31/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGUR… Datuk Seri Najib Tun Razak tampil secara live menerusi akaun sosial Facebook milik beliau lewat semalam meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti main sentimen bodoh.

Ini termasuk sikap suka salahkan beliau dan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu meskipun perkara yang berlaku pada ketika ini adalah jelas hasil kesilapan mereka sendiri gagal urus negara dengan baik.

Sebaliknya bekas perdana menteri dan menteri kewangan itu dalam nada sindiran menyeru pentadbiran PH agar tumpu usaha untuk perbetulkan tabir urus mereka khususnya soal ekonomi negara secara keseluruhan.

Sambil mengingatkan kerajaan PH supaya akui kelemahan sendiri, beliau berkata “Cukup-cukuplah dengan ayat seperti ‘salah Najib’ dan ‘Ini semua salah BN’ yang sering tular digunakan jentera propaganda mereka.”

Mengulas dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu seterusnya berkata, BN kini sebagai pihak pembangkang akan terus bertindak dalam memainkan peranan secara membina dan konstruktif demi rakyat serta negara.

“Kita tiada niat selain mengetegahkan pandangan dan buah fikiran agar dapat melihat amalan demokrasi Parlimen yang sihat demi untuk negara tercinta,” kata Najib merujuk perangai buruk PH ketika bergelar pembangkang.

Beliau turut menilai selama hampir 200 hari kerajaan PH memerintah Malaysia belum melihat dengan jelas hala tuju pentadbiran negara khususnya soal pengurusan ekonomi yang kini berada dalam keadaan semakin teruk.

“Sepatutnya seluruh perhatian dan tenaga mereka digunakan untuk selamatkan ekonomi negara, melindungi kepentingan rakyat dan menghadapi persekitaran ekonomi yang kian cabar. Semua bidang mengalami penurunan.

“Sektor pelancongan umpamanya, pelancong paling ramai dari China menguncup dengan besar iaitu 35 peratus dan menyebabkan kehilangan hasil pendapatan negara sebanyak RM13 bilion,” jelas Najib memberi contoh mudah.

Bekas presiden UMNO dan pengerusi BN itu berkata, dalam soal hala tuju negara, kelihatan terlalu banyak polisi dibuat yang bersifat pusingan U dan juga penjenamaan semula apa yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

“Ada juga yang amat mengelirukan atau ada setengah pihak kata menipu rakyat. Umpamanya hutang negara dikatakan RM1 trilion tetapi apabila dokumen kajian semula separuh penggal RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11).

“Dokumen ini dibentangkan di Parlimen dan mengesahkan hanya RM668 bilion. Satu angka yang kita telah guna selama ini dan dokumen PH sendiri telah mengesahkan bahawa itu adalah saiz sebenar hutang negara,” katanya.

Najib turut mengimbas kembali bahawa dalam soal saiz ekonomi pada masa beliau mengambil alih kepimpinan negara pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah hanya sekitar RM713 bilion.

“Bila saya tinggalkan jawatan, telah sampai ke tahap RM 1.35 trilion. Kita telah tunjukkan kadar pertumbuhan agak pantas dan telah ramal negara mampu kembang ekonomi sehingga menjadi RM2 trilion menjelang 2020,” katanya.

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malay Mail Henti Terbit Akhbar Selepas 122 Tahun

Next Post

40 Pelajar, Pensyarah UMK Selamat Tiba

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

40 Pelajar, Pensyarah UMK Selamat Tiba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd