• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Sekat Jadi PM Sekadar Tafsiran Media

oleh
30/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan terdapat kegiatan ‘melamar’ Anggota Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghalang perjalanannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sekadar tafsiran media.

Menurut Anggota Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak mempunyai sebab bagi meragui perjanjian serta persefahaman antara pimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Terima kasihlah prihatin tentang perjalanan saya…tapi saya tidak fikir ini semua (konspirasi) berlaku. Ini semua bacaan dan tafsiran media…sesuatu yang besar bahawa konspirasi akan berulang daripada tahun 1998 itu hanya tafsiran media,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Media melaporkan ada dalam kalangan pemimpin UMNO hari ini menyifatkan dakwaan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin bahawa kira-kira 40 Anggota Parlimen parti itu akan menyertai parti Bersatu sebagai satu konspirasi untuk menyekat perjalanan politik Anwar.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan A Kadir.

Ditanya sama ada penyertaan Anggota Parlimen UMNO ke dalam Bersatu yang merupakan parti gabungan PH akan memberi kesan baik, ujar Anwar perkara itu perlu dinilai dan dibincangkan.

“Seperti mana yang disebut oleh Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), teliti dahulu dan bincang bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd