• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coca-Cola, PepsiCo, Nestle Pengeluar Sampah Plastik Terbesar Dunia

oleh Cj Mnh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kumpulan Greenpeace mendakwa syarikat minuman Coca-Cola, PepsiCo dan Nestle merupakan pengeluar sampah plastik terbesar di dunia.

Menurut laporan Greenpeace dengan kerjasama gerakan `Break Free From Plastic’, pihaknya terpaksa melakukan sebanyak 239 pembersihan plastik di 42 negara seluruh dunia.

Melalui usaha pembersihan itu mereka berjaya mengumpul sebanyak 187,000 keping plastik.

Usaha itu dilakukan bertujuan untuk menyedarkan syarikat besar tentang `sumbangan’ mereka terhadap masalah pencemaran dunia.

Greenpeace melaporkan, Coca-Cola yang merupakan syarikat minuman ringan terbesar di dunia menduduki tempat pertama sebagai pengeluar sampah plastik dengan sampah plastik berjenama Coke ditemukan di 40 daripada 42 negara.

“Audit jenama yang dilakukan jelas membuktikan peranan yang dimainkan syarikat besar yang menyebabkan krisis pencemaran plastik global,’’ kata penyelaras global `Break Free From Plastic’, Von Hernandez.

Secara keseluruhan, jenis plastik yang sering ditemukan adalah polistirena dalam bentuk pembungkusan makanan dan cawan diikuti `Polyethylene terephthalate’ (PET) yang digunakan dalam botol dan kontena.

Sementara itu jurucakap Coke dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya berkongsi matlamat dengan Greenpeace untuk menghapuskan sampah di lautan dan bersedia untuk membantu menangani cabaran tersebut.

Selain itu syarikat berkenaan berikrar untuk mengutip dan mengitar semula setiap botol dan tin yang dijual menjelang 2030. – Reuters

Tags: Coca-ColaPepsi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Punca Coca-Cola Rugi Besar

16/06/2021
0

BUDAPEST - Cristiano Ronaldo menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas tindakannya pada sidang media semalam....

Boikot Coca-Cola Hanya Akan Jejaskan Pekerja Tempatan

20/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Gesaan supaya orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya memberi kesan terhadap pekerja tempatan syarikat itu. Coca-Cola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd