• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Idea Perkasa Ummah Di Nusantara

oleh Cj Mnh
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Nadwah Ulama Nusantara perlu mencari idea dan gagasan terkini yang dapat disinergi bagi memperkasa ummah secara keseluruhannya, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata ummah di nusantara perlu menguasai bidang utama yang signifikan seperti industri halal, kewangan Islam, waqaf, digitalisasi ummah serta sains dan teknologi.

“Penguasaan dalam bidang tersebut mampu melonjakkan masa depan nusantara sebagai rantau keilmuan. Justeru nadwah seperti ini perlu segera mengorak langkah ke hadapan untuk menjadi wadah dan forum utama di peringkat nusantara bagi mencapai gagasan agenda ‘The Region of Wisdom’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Nadwah Ulama Nusantara kelapan di sini malam ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Abang Johari berkata umat Islam di nusantara perlu merebut peluang untuk muncul sebagai rantau yang kondusif bagi membangunkan tradisi umran dan keilmuan.

“Tradisi pondok dan pesantren yang ada perlu digali dan dicari resipi terbaik untuk dihidupkan dengan acuan seimbang ilmu naqli dan aqli,” katanya.

Program anjuran UKM dengan kerjasama kerajaan Sarawak itu menyaksikan 2,000 peserta menyertai simposium tiga hari bermula semalam dengan tema ‘Sinergi Ulama dalam Pemerkasaan Ummah’ yang berjaya mengumpul 82 kertas kerja. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Opengidea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

26/02/2021
0

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd