• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Calon Lain Juga Hadir Jamuan, Kenapa Saya Tidak Boleh?”

oleh
10/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghadiri jamuan malam percuma di Lukut, Port Dickson meskipun kumpulan Bersih menggesa acara itu ditangguhkan.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata komuniti di sana mahukan jamuan malam itu diadakan dan seperti calon yang lain, beliau boleh menghadiri mana-mana jamuan malam.

“Komuniti berkenaan mahu memberi jamuan malam, maksud saya calon lain juga menghadiri jamuan malam, kenapa saya tidak boleh? Saya tidak fikir akan tangguhkannya (hadir jamuan malam itu),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas pada Persidangan Malaysia: Pelabur-pelabur baru yang awal di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan bahawa Bersih menggesa Anwar agar menangguhkan kehadiran pada acara jamuan malam itu untuk kira-kira 3,000-4,000 orang di Lukut, sehingga selepas pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober.

Acara itu dijadualkan Khamis malam.

PIlihan Raya Kecil Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru antara Anwar dan calon PAS, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan; bekas pensyarah, Lau Seck Yan; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong dan pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Sabtu ini dan esok undi awal.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

Sementara itu semasa ucapan khas beliau pada persidangan itu, Anwar berkata Malaysia tidak boleh menggerakkan pertumbuhan ekonomi tanpa melibatkan Pelaburan Terus Asing.

Beliau berkata, setiap dasar pelaburan perlu inklusif, jelas dan telus.

“Tetapi ini tidak bermaksud kita mengabaikan rayuan mereka yang miskin dan terbiar,” katanya.

Persidangan itu dihos oleh kerajaan Malaysia dan dianjur bersama oleh tiga kumpulan bank terkemuka Malaysia iaitu — Malayan Banking Bhd, CIMB Group Holdings Bhd. dan RHB Banking Group.

Persidangan sehari itu membincangkan secara meluas mengenai ekonomi, sosial dan keanjalan serta kemampanan politik Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Telaga Tiub Bantu Operasi Padam Api Di Tanah Gambut

Next Post

72 Anggota Polis Dibuang Kerja – Ketua Polis Negara

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

72 Anggota Polis Dibuang Kerja - Ketua Polis Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd