• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Tabika Kemas Dijenamakan Semula

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negara ini dicadangkan untuk melalui proses penjenamaan semula agar menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Sains, Matematik dan bahasa Inggeris prasekolah.

Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa berkata, status negara maju akan lebih cepat dicapai sekiranya metodologi, kurikulum dan kaedah pengajaran dapat dilakukan dengan cara yang lebih menyenangkan serta menggembirakan di kesemua Tabika Kemas tersebut.

“Saya sudah sampaikan cadangan itu kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam satu pertemuan. Perkara itu masih dalam peringkat kajian sekiranya perlu kita boleh mewujudkan beberapa kelas dan modul sebagai permulaan supaya boleh melihat keberkesanan dengan teknik baharu sekali gus menjadi contoh kepada tabika kemas lain.

“Tujuan kita menjenamakan semula subjek Sains, Matematik dan bahasa Inggeris ke dalam pengajaran prasekolah adalah untuk menjadikan rakyat kita lebih maju dan cepat menguasai bidang sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Mini Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Pergerakan STEM Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Noraini Idris dan pengetua sekolah tersebut, Raja Anoro Raja Kob.

Mengulas lanjut, Husam berkata, negeri ini juga perlu menjadi sebuah institusi cemerlang dalam bidang sains berteraskan Islam yang sangat bertepatan dengan majoriti penduduk Islam di negeri ini.

“Islam sangat menekankan pembelajaran sains dan matematik kerana kalau kita hendak sembahyang, puasa, zakat dan harta pusaka juga perlu ada matematiknya.

“Justeru, kita berharap agar lebih ramai pelajar yang mahir dalam bidang ini dapat dihasilkan dan minat mereka hendaklah dipupuk sejak awal lagi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: KEMASkurikulum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyamun Tercicir Lesen Memandu Diburu

Next Post

Gagal Selesai Isu Grab, Pecat Anthony Loke

Related Posts

Tiada Pemansuhan Topik Mata Pelajaran Sejarah – KPM

18/07/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meminda atau melaksanakan semakan semula terhadap kurikulum...

Teo Nafi Mahu Ubah Kurikulum Sejarah

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan laporan yang tular dalam media sosial kononnya beliau merancang untuk mengubah...

Next Post

Gagal Selesai Isu Grab, Pecat Anthony Loke

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd