KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada akhir dagangan pagi dalam dagangan turun naik ekoran ketidaktentuan geopolitik.
Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.99 mata kepada 1,729.73 berbanding 1,728.74 pada Isnin.
Indeks dibuka 0.57 mata lebih rendah pada 1,728.17 dan bergerak antara 1,727.34 dan 1,732.14 di sepanjang sesi pagi.
Seorang peniaga berkata ketegangan geopolitik yang melibatkan Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi membabitkan kehilangan wartawan Jamal Khashoggi mewujudkan ketidaktentuan baharu dalam pasaran yang belum selesai ekoran kebimbangan perang perdagangan dan kemungkinan kadar faedah dinaikkan oleh Rizab Persekutuan AS.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut dua sen kepada RM9.56 dan RM9.38, manakala Public Bank tidak berubah pada RM24.98.
TNB dan CIMB masing-masing menokok dua sen kepada RM14.60 dan RM5.95.
Bagi kaunter aktif, DGSB rugi satu sen kepada lima sen, manakala Compugates kekal pada 2.5 sen.
Priceworth menokok setengah sen kepada 4.5 sen, Yong Tai menambah 5.5 sen kepada 68 sen dan Hibiscus meningkat tiga sen kepada RM1.25.
Indeks FBM Emas meningkat 6.04 mata kepada 11,970.42, Indeks FBMT 100 menambah 7.47 mata kepada 11,802.22 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 8.811 mata kepada 11,987.78.
Indeks FBM Ace meningkat 16.18 mata kepada 4,985.55 dan FBM 70 menokok 11.681 mata kepada 13,849.49.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 23.57 mata kepada 7,411.02 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 13 mata kepada 17,524.94, manakala Indeks BArangan Perusahaan dan Perkhidmatan susut 0.2 mata kepada 171.8.
Di Bursa Malaysia, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 358 berbanding 270, manakala 350 kaunter tidak berubah, 920 tidak diniagakan dan 27 lagi digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 796.5 bilion unit bernilai RM634.72 juta. – BERNAMA
