• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brunei, Indonesia Sertai Pameran Songket & Keringkam 2018

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peserta dan pempamer dari Brunei, Indonesia dan tuan rumah, Sarawak akan mempromosikan industri songket dan keringkam ke arena antarabangsa sempena eksposisi dan pameran Pesta Warisan Melayu 2018 bermula 30 Okt ini.

Penasihat Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam Datuk Sabariah Putit berkata ia adalah satu daripada platform untuk pengeluar produk dan perkhidmatan mempromosikan produk mereka yang disediakan menerusi program pembangunan holistik.

Beliau berkata pelancaran acara itu akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena Malam Pesona Songket dan Keringkam Antarabangsa yang diadakan di sini pada 31 Okt.

“Ia adalah sebahagian daripada Pesta Warisan Melayu 2018 yang menawarkan peluang bagi komuniti tempatan serta pelancong untuk mengimbau kembali nostalgia warisan Melayu di bandar raya Kuching. Dengan adanya aktiviti-aktiviti warisan ini, ia juga dapat mengembangkan lagi visibiliti Kampung Heritage sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa,” katanya kepada Bernama.

Pesta Warisan Melayu 2018, bermula dari 27 hingga 28 Okt ini julung kali dianjurkan di Sarawak iaitu sebahagian daripada aktiviti Kampung Heritage di bawah komponen ‘Old Kuching Heritage’ untuk menjadikan Kuching bandar raya bersejarah dunia dan terus menjadi pemangkin ekonomi dalam sektor pelancongan.

Selain pameran, pelbagai aktiviti riadah turut disusun bagi memeriahkan lagi Pesta Warisan Melayu antaranya pertandingan memancing serta sukan kayak di sepanjang tebing Sungai Sarawak. – BERNAMA

Tags: pameranSongket & Keringkam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pameran ‘Dirgahayu TYT’ Sabah Bermula Hari Ini

01/11/2018
0

KOTA KINABALU – Sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke-65, Jabatan Muzium Sabah mengadakan dua segmen...

Kecoh Apabila Jari Patung Purba China Hilang

25/02/2018
0

KEHILANGAN satu jari milik patung purba tentera Terracotta China berusia 2,000 tahun ketika ia dipamerkan di sebuah muzium di Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd