• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Tinggalan Perang Dunia Ke-2 Ditemui

oleh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Sebiji bom lama, dipercayai tinggalan Perang Dunia ke-2 dari jenis Mortar 60 mm ditemui di Jalan Sri Langit, Taman Bahagia, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata bom berkenaan ditemui orang ramai kira-kira pukul 11.30 pagi tadi sebelum laporan dibuat di Balai Polis Kluang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontinjen Johor bersama dengan UPB Sub Unit Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang tiba di lokasi sejam kemudian untuk mencari bom terbabit serta sekitar 25 meter kawasan berhampiran lokasi bom itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bom itu yang merupakan kelengkapan tentera yang tidak boleh meletup (UXO) adalah daripada jenis Mortar 60 mm berwarna putih bertulisan ‘1-BTT-17’.

“Ia dijumpai di kawasan semak di tepi jalan dipercayai tinggalan Perang Dunia ke-2. Bahagian primer pada UXO tersebut juga didapati kosong,” kata beliau.

Mohd Abduh berkata tiada motif jenayah serta ancaman dikesan daripada jumpaan UXO tersebut.

Pihak UPB IPK Johor juga menasihatkan kepada orang ramai sekiranya terjumpa objek disyaki UXO di masa akan datang hendaklah segera membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Operasi mengesan bom berkenaan tamat pada pukul 1.15 petang, katanya – BERNAMA

Tags: Bom Lama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penduduk Terkejut Jumpa Bom Lama 227kg Di Kebun Sawit

Penduduk Terkejut Jumpa Bom Lama 227kg Di Kebun Sawit

14/07/2025
0

JASIN - Seorang penduduk terkejut apabila menemukan sebutir objek yang dipercayai bom lama ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kebun kelapa...

Bom Lama Ditemui Di Perkampungan Ulu Kedup

18/12/2018
0

SARIKEI – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif ditemui di kawasan perkampungan Ulu Kedup Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd