• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biawak 30kg Gemparkan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
02/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Kehadiran seekor biawak seberat kira-kira 30 kilogram dalam longkang berhampiran kawasan tempat letak kereta Mahkamah Butterworth, telah mengejutkan pengunjung mahkamah.

Ketua Skuad Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seberang Perai Utara, Koperal (PA) Abdul Aziz Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 10.59 pagi memaklumkan terdapat seekor biawak sesat di longkang berhampiran kawasan tempat letak kereta mahkamah itu.

“Setibanya kami di situ mendapati biawak sepanjang kira-kira 1.5 meter ada di dalam longkang itu. Kami berjaya mengeluarkannya dari longkang tersebut menggunakan tali penangkap, namun tali penangkap itu terputus dan biawak berkenaan kemudiannya lari menyorok di bawah kereta polis yang diparkir di situ.

“Pihak kami cuba menangkapnya semula namun ia lari ke tempat letak kereta dan menyorok di bawah sebuah kereta yang diparkir di situ. Selepas hampir 20 minit kami berjaya menangkapnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata seramai empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan biawak itu dimasukkan ke dalam sangkar sebelum dibawa ke pejabat APM di sini untuk dilepaskan ke habitat asal haiwan berkenaan.

“Biawak itu merupakan yang paling besar dan panjang pernah kami tangkap sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Biawakmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Digari, Menangis Hingga Pengsan

Digari, Menangis Hingga Pengsan

01/01/2026
0

Wanita Tular Didakwa Hina Polis & Islam Dibawa Ke Mahkamah ALOR SETAR: Seorang wanita warga tempatan yang tular di media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd