• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain Badminton Kebangsaan Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
01/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton kebangsaan Tan Chee Tean meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di selatan Brno, Republik Czech, Sabtu lepas.

Dalam kejadian itu, Chee Tean, 24, yang menaiki kereta, dalam perjalanan pulang ke Austria selepas menyertai kejohanan Terbuka Republik Czech sebagai pemain persendirian.

Beliau menyertai beregu campuran dalam kejohanan ‘Czech Republic International Challenge’.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pagi ini, Chee Tean bernaung di bawah BAM selama enam tahun bermula 2012 sebelum meninggalkan badan penaung badminton negara itu pada Februari tahun ini.

“Saya amat sedih apabila mengetahui kematian Chee Tean. Beliau anak muda yang mempunyai bakat istimewa, yang mampu bermain dalam beregu campuran dan beregu lelaki.

“Pemergiannya adalah kerugian besar bukan hanya kepada keluarga beliau tetapi juga kepada pemain dan peminat badminton. Doa dan ingatan kami bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mendiang pada masa yang sukar ini,” kata Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria. – BERNAMA

Tags: badmintonkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd