• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baling Banjir Lagi

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seramai 158 orang membabitkan 63 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mukim Siong, di sini, malam tadi berikutan air sungai Ketil melimpah akibat hujan lebat.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Batu Lapan, Batu 60, Bukit Sebelah, Kuala Kedua, Banggol Derum, Lahar, Batu 48, Bawah Gunung, Haji Abas dan Tanjung Merbau.

Hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang semalam menyebabkan air sungai mula melimpah pada paras satu meter selepas hujan lebat berlaku enam jam sebelum itu.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin berkata, banjir kali adalah yang keempat dalam tempoh dua minggu melanda daerah ini.

“Semua mangsa dipindahkan ke tempat yang selamat bagi memastikan mereka terjaga dengan baik dalam soal tempat tinggal, makan dan kesihatan.

“Ini banjir paling buruk yang berlaku dan kita akan pastikan semua mangsa dijaga,” katanya yang ditemui NSTP hari ini.

Isnin lalu, NSTP melaporkan banjir di kawasan Baling yang sejak tiga hari dilaporkan semakin pulih dengan empat PPS di daerah itu dijangka ditutup.

Banjir di Kedah mula melanda sejak minggu lalu, di empat daerah membabitkan Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Baling sendiri yang menempatkan lebih 600 mangsa di 12 PPS. – BH Online

Tags: BalingBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd