• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019: Tambah Hospital Pakar Latih Doktor

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekurangan hospital bertaraf pakar adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam Bajet 2019 supaya masalah menempatkan doktor pelatih dapat diatasi.

Naib Presiden I-Medik, Prof Rafidah Hanim Mokhtar, berkata keadaan ini menyebabkan ramai doktor pelatih terpaksa menunggu tempoh kekosongan antara enam bulan hingga setahun sebelum dipanggil bertugas.

Katanya, walaupun di negara ini mempunyai kira-kira 139 buah hospital, kebanyakannya tidak mencapai taraf pakar untuk membolehkan doktor pelatih ini mendapatkan latihan.

“Dengan pertambahan pelajar di kolej perubatan dalam dan luar negeri yang ingin mendapatkan latihan, keadaan ini menyukarkan dan sedikit sebanyak memberi implikasi kepada pelajar itu sendiri.

“Ada yang terpaksa melakukan kerja sampingan lain sebelum dipanggil untuk bertugas mengikut giliran. Jadi saya harap perkara ini dapat diteliti oleh kerajaan,” katanya mengulas harapannya berhubung Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November depan.

Dr Rafidah berkata, kerajaan perlu meneliti semula cadangan untuk memberi insurans kepada kumpulan B40 supaya ia benar-benar dapat digunakan dengan sewajarnya.

“Kerajaan perlu menyediakan garis panduan dan tahu berapa purata rakyat ke hospital dalam setahun, jumlah peruntukan dan sebagainya sebelum ia dilaksanakan.

“Namun dalam masa yang sama saya juga berharap kerajaan meneruskan subsidi perubatan kepada rakyat memandangkan perkhidmatan kesihatan kita antara yang terbaik di dunia,” katanya.

Menyentuh mengenai harga ubat, beliau berkata kenaikan harga barang turut memberi kesan kepada masyarakat beralih daripada perkhidmatan hospital swasta kepada kerajaan dan ini menambah beban kepada kakitangan sedia ada.

”Justeru bajet yang mencukupi perlu untuk perkhidmatan kesihatan awam supaya masyarakat mendapat yang terbaik, sekali gus mengelak daripada mewujudkan rakyat tidak produktif disebabkan penyakit kronik.

“Pelaburan kepada sektor kesihatan awam ini penting untuk kerajaan dalam jangka masa panjang kerana ia dapat menjimatkan negara seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan dapat menambah sistem hospital kluster kerana ia secara tidak langsung mengurangkan beban hospital daerah.

“Gabungan kepakaran daripada beberapa hospital adalah inisiatif yang baik demi kebaikan terutama di kawasan-kawasan pedalaman seperti hospital kluster yang ada di Sabah,” katanya. – BH Online

Tags: Bajet 2019Hospital Pakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

24/10/2019
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit...

Kerajaan Akan Cuba Bantu Mahasiswa Kalau Ada Bajet

20/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd