• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2019: Gesa Ambil Kira Nasib Kontraktor Kecil

oleh Cj Mnh
17/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan digesa mengambil kira kedudukan kira-kira 40,000 kontraktor kecil dan sederhana termasuk 3,000 di Kelantan yang berdepan kesukaran apabila kebanyakan projek besar diserahkan kepada syarikat konsesi, dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan di Parlimen 2 November ini.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu (PKM) Kelantan, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata PKM Kelantan berharap kerajaan dapat melakukan semakan semula projek-projek yang telah dianugerahkan kepada syarikat konsesi bagi memastikan pengagihannya adalah menyeluruh kepada kontraktor kecil dan sederhana dan bukan hanya kepada anak syarikat syarikat konsesi.

Beliau yang dihubungi Bernama di sini hari ini, berkara PKM Kelantan bukan menafikan peluang ada diberikan oleh syarikat konsesi kepada kontraktor kelas kecil dan sederhana tetapi jumlahnya adalah terlalu kecil.

Katanya kontraktor kecil dan sederhana boleh diberi peluang jika semakan mendapati syarikat konsesi berdepan masalah atau tidak mampu menyiapkan projek yang diberikan dengan baik.

“Langkah sebegini sedikit sebanyak dilihat akan memberi peluang kepada kontraktor kelas berkenaan meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing dalam mendepani keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini,” katanya.

Mohd Rosdi berkata selain projek mega, kerajaan diharap akan meneruskan projek berskala sederhana dan kecil kerana industri pembinaan adalah antara penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Justeru katanya, adalah amat wajar masalah yang dialami kontraktor bumiputera dijadikan agenda penting dalam Bajet 2019.

Katanya projek pembangunan secara menyeluruh ke semua negeri juga dilihat mampu memastikan kontraktor bumiputera dapat bersaing secara sihat dalam sektor pembinaan.

Dalam pada itu, katanya PKM Kelantan berharap kerajaan akan mengumumkan skim tertentu untuk pembelaan usahawan bumiputera menerusi Bajet 2019 nanti. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019kontraktor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

Bumbung KLIA Bocor: Kontraktor Perlu Bertanggungjawab – Loke

17/11/2025
0

Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sudah diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd