• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Berjaya Lunas Dendam Sukan Asia 2018

oleh
11/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menebus kekecewaan meraih gangsa di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang apabila merangkul pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Grand Prix Asia Tenggara 2018 di Veldrom Nasional di sini hari ini.

Lebih manis, kejayaan juara dunia keirin 2017 itu turut menyaksikan dendamnya terhadap pemenang pingat emas keirin Sukan Asia 2018 dari Thailand, Jai Angsuthasawit terbalas selepas pelumba muda itu menamatkan saingan final di kedudukan kelima.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas tamat perlumbaan, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’, mengakui tidak memikirkan soal membalas dendam sebaliknya hanya fokus dalam usahanya mempertingkatkan prestasi menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya turun berlumba pada kejohanan ini tanpa fokus untuk menebus kekalahan atau apa sahaja yang telah berlaku di Sukan Asia. Episod di sana (Jakarta) sudah habis.

“Biasalah dalam perlumbaan boleh ada kesilapan dan ada ketika kita tidak bernasib baik jadi semua itu sudah dinilai dan kini masa untuk perbaiki segala kelemahan tersebut dan fokus terhadap misi membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya.

Pingat perak acara itu dimenangi pelumba Indonesia, Puguh Admadi sementara gangsa menjadi milik pelumba Taiwan, Shih Hsin Hsiao.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, John Beasley tidak mahu peminat sukan berbasikal negara terus membandingkan dua pelumba tersebut sambil menyifatkan Mohd Azizulhasni berada di satu tahap yang berbeza sebagai antara pelumba terbaik dunia.

Katanya, tumpuan serta kerja keras Mohd Azizulhasni serta skuad negara kini adalah terhadap usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 selain mencipta kejayaan di pentas Kejohanan Asia 2019 Januari depan diikuti Kejohanan Dunia 2019 pada Februari depan.

“Pelumba Thailand ini bertuah di Sukan Asia. Dia bukan ancaman kepada kami dan anda dapat melihat Azizulhasni mudah mengalahkannya hari ini. Azizulhasni adalah juara dunia dan banyak kalim menaiki podium di pentas dunia. Oleh itu hentikan perbandingan antara mereka.

Bagi kami apa yang lebih penting adalah kelayakan ke Sukan Olimpik selepas ini. Walaupun belum berada pada tahap terbaik namun kami menuju ke arah itu. Kami ada pasukan terbaik Asia dengan salah seorang pelumba terbaik di dunia,” katanya.

Sebagai rekod, Mohd Azizulhasni turut membawa pulang emas dalam acara pecut pada Kejohanan Trek GP Asia Tenggara 2018 yang berakhir hari ini selepas mudah menewaskan Admadi pada aksi final semalam. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd