• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Sukma N.Sembilan Dijangkiti Virus Beguk Sembuh Sepenuhnya

oleh
08/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sembilan atlet boling padang wanita Negeri Sembilan serta dua pegawai yang dijangkiti virus beguk semasa menyertai Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak baru-baru ini, sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan berkata hasil pemantauan dilakukan pihaknya juga mendapati tiada sebarang jangkitan baharu penyakit itu dikesan di negeri ini.

“Mengikut rekod, 75 kes penyakit beguk dicatat di Negeri Sembilan sepanjang tahun ini sehingga 8 Okt berbanding 31 kes dalam tempoh sama tahun lepas. Tindakan susulan seterusnya adalah pencegahan dan kawalan bagi memberi pendidikan kesihatan kepada semua kes dan kontak.

“Kita menasihatkan kontak untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran, menjalankan disinfeksi ke atas premis terlibat dan mengedarkan risalah berkaitan penyakit beguk kepada semua premis yang berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan pembersih tangan kepada 13 sekolah di negeri ini, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Veerapan berkata bilangan kes demam denggi yang direkodkan di negeri ini setakat Sabtu lepas, adalah 1,182 kes berbanding 2,774 kes dalam tempoh sama, tahun lepas.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan kes denggi sebanyak 57.4 peratus, dan dalam tempoh tersebut terdapat tiga kes kematian akibat denggi dilaporkan berbanding 11 kes bagi tempoh sama, tahun lepas.

Sementara itu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), beliau berkata jumlah kes menunjukkan penurunan 91.7 peratus atau hanya satu kes dicatat pada minggu ke-41 berbanding 12 kes minggu lepas.

“Setakat Sabtu lepas, 2,666 kes HFMD dilaporkan di negeri ini berbanding 733 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Tiada taska, tadika atau prasekolah masih ditutup di Negeri Sembilan dan 12 sesi town hall diadakan kepada guru prasekolah, guru tadika, pengusaha dan guru taska serta guru sekolah kerajaan dan swasta dalam menangani penyakit itu,” katanya.

Sementara itu, Veerapan berkata penyerahan satu kotak pembersih tangan kepada 13 sekolah ditaja syarikat Freightwatch G Patomotoh Security Services Sdn Bhd itu antara kempen dianjurkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) dalam usaha mengurangkan serta mengawal penularan HFMD di seluruh negeri ini.

“Dua sekolah dipilih terutama di kawasan pedalaman di setiap daerah seperti Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Tampin, Port Dickson dan tiga sekolah di Jelebu. Ini salah satu inisiatif kerajaan negeri serta JKNNS untuk memastikan penularan HFMD dapat dikurangkan di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Beguk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mercedes-Benz Malaysia Jangka Catat Satu Lagi Tahun Raih Jualan Tertinggi

Next Post

TLDM Sedia Gerak Aset Ke Sulawesi, Indonesia

Related Posts

Tutup Sekolah Elak Wabak Beguk Berterusan – KKM

26/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Penutupan dua sekolah di Selangor berikutan jangkitan wabak beguk antara kaedah mengelakkan jangkitan terus berlaku, kata ​​​​​​​Ketua...

Wabak Beguk: 2 Sekolah Di Selangor Ditutup Sementara

25/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu...

Next Post

TLDM Sedia Gerak Aset Ke Sulawesi, Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd