• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dijangka Menang, Dapat Sokongan Majoriti

oleh
12/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 74 peratus pengundi cenderung memilih calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding enam calon lain bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata kajian itu dilakukan terhadap 1,084 responden yang merupakan pengundi di Parlimen itu pada Isnin dan Selasa lepas.

Beliau berkata sebahagian besar mereka memilih Anwar kerana Ketua Umum PKR itu bakal menjadi perdana menteri kelapan.

“Pada hari pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 40 peratus (pengundi) mengatakan akan mengundi Anwar Ibrahim kerana ia merupakan bakal perdana menteri yang kelapan.

“Kita melihat pada waktu itu sejauh mana penerimaan masyarakat, kita boleh simpulkan secara umum masyarakat Port Dickson boleh menerima beliau sebagai calon,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian sama, calon PAS, Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar menerima 11 peratus diikuti calon bebas, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (10 peratus) dan empat calon bebas lain masing-masing hanya menerima satu peratus sokongan penduduk di Port Dickson.

Mohammad Redzuan berkata gerak kerja yang dilakukan PAS hanya tertumpu dikawasan Melayu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Linggi dan Bagan Pinang.

Sementara kawasan majoriti Cina dan India iaitu di DUN Chuah dan Lukut kurang diberi perhatian menyebabkan calon parti itu kemungkinan besar tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua kaum tersebut, katanya.

Kawasan parlimen Port Dickson terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus kaum Cina, 22 peratus India dan lain-lain sebanyak dua peratus dari sejumlah 77,750 pengundi Port Dickson.

PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Anwar; calon PAS, Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada 12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kempen Berbaki Sehari, Isa Samad Pergiat Gerak Kerja

Next Post

Pekerja Diberhenti Tidak Ikut Syarat Lapor Kepada JTK

Related Posts

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

IPT Perlu Teroka Pengajian Baharu Bidang Ekonomi, Kesejahteraan Dan Kelestarian – Anwar

31/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam usaha meneroka...

Next Post

Pekerja Diberhenti Tidak Ikut Syarat Lapor Kepada JTK

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd