• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Penoreh Getah Terima Anugerah Pelajaran Diraja UNIMAS

oleh Cj Mnh
29/10/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Keinginan tinggi untuk mengubah kehidupan menjadi kekuatan buat anak seorang penoreh getah untuk tekun belajar hingga berjaya menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ke-22 di sini hari ini.

Kong En Yie, 24, yang memperoleh Ijazah Sarjana Pengkomputeran Rangkaian berkata bapanya seorang penoreh getah manakala ibunya pembantu pembersihan di sebuah sekolah rendah di Tanjung Malim, Perak seringkali memberi dorongan serta menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

“Saya anak pertama daripada tiga adik beradik . Saya mahu jadi idola kepada mereka dan paling penting kehidupan keluarga yang tidak begitu baik menjadi motivasi utama kepada saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk merubahnya,” katanya kepada pemberita selepas sidang pertama konvokesyen itu.

Kong, graduan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.99 berkata kejayaan yang diperolehinya hari ini membuatkan kedua-dua ibu bapanya bangga dengan beliau.

“Saya belajar di sini (Kota Samarahan) selama empat tahun, hari ini mereka datang dari Perak buat pertama kali ke Sarawak ini dan meraikan kejayaan saya. Ya mereka sedikit risau ketika saya mula melanjutkan pelajaran ke Sarawak tapi hari ini saya berjaya membanggakan mereka,” katanya yang kini bekerja sebagai pengaturcara di sebuah syarikat teknologi maklumat di Kuala Lumpur.

Bagi Fahizan Mahmud, 24, seorang lagi penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) berkata ibunya yang bertindak sebagai ‘ketua keluarga’ sejak ayahnya meninggal dunia kira-kira 12 tahun lalu menguatkan semangatnya untuk belajar hingga mencapai kejayaan.

“Ayah meninggal dunia ketika saya berada di Tingkatan Satu, sejak itu emak membesarkan kami enam adik beradik, saya sudah berniat untuk pastikan emak dapat kehidupan yang lebih baik, Alhamdulillah semuannya berjalan lancar,” katanya yang kini berkhidmat di sebuah syarikat konglomerat Amerika Syarikat di bandar raya ini.

Ketika ditanya rahsia kejayaannya, Fahizan yang menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dengan CGPA 3.89 berkata dia memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu menghargai ibu bapa dan pendidik, disiplin serta fokus semasa dalam kelas.

Sementara itu, graduan Ijazah Sarjana Sains (Kewangan) dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Cindy Yeo Siaw Hui gembira dengan kejayaan yang dicatatkannya memandang sebagai pelajar orang kelainan upaya (OKU) fizikal dia berdepan pelbagai cabaran.

“Saya tidak ada rahsia kejayaan, cuma saya cuba yang terbaik dan tidak putus asa, sebagai OKU fizikal memang banyak cabaran perlu dilalui namun berkat bantuan pensyarah serta rakan-rakan saya mampu hadapinya,” katanya yang berasal dari Kuching.

Yeo, anak bongsu daripada tiga adik beradik berkata paling membanggakannya ialah jerih payah yang dilaluinya dalam tempoh empat tahun untuk menghabiskan pelajarannya itu akhirnya memberi pulangan berbaloi.

“Semasa awal dahulu sekitar satu atau dua tahun, anggota keluarga menghantar saya ke setiap kali ada kelas. Kemudian saya ambil lesen kereta namun disebabkan saya OKU, pemanduan memerlukan saya menggunakan hand controller menyebabkan setiap kali saya datang ke kelas ibu akan turut bersama-sama.

“Emak risau saya seorang diri jadi dia akan menunggu hingga saya habis kelas, jika separuh hari dia tunggu juga sampai saya habis. Kejayaan ini sangat berbaloi, sebagai OKU sukar untuk ke tahap lebih tinggi tanpa pendidikan,” kata gadis berusia 29 tahun itu. –BERNAMA

Tags: AnugerahUNIMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd