• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Patung Barbie Kini Boleh Berhijab

oleh
10/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA awal tahun ini, jenama Barbie mereka bentuk anak patung bagi iktiraf 17 tokoh wanita cemerlang di dunia, kini wujud pula satu kolaborasi yang meraikan kerencaman agama.

Malah anak patung Barbie itu bukan sahaja boleh bergaya anggun, tetapi ia juga boleh berhijab! Itulah hasil kerjasama dengan syarikat tudung terkenal dari Malaysia menerusi jenama dUCK.

The dUCK Group dalam catatan menerusi akauan sosial Instagram pada Isnin lalu dengan rasa penuh besar hati juga mengumumkan gabungan unik julung kali berkenaan dikenali sebagai #BarbieXdUCK.

Ia menulis, selendang mini dUCk tersebut akan diberikan secara percuma kepada para pelanggan mereka dengan sebarang pembelian produk Barbie yang bernilai RM100 ke atas.

Perincian lanjut tertera di laman www.barbiexduck.com. Selendang mini dUCK yang boleh dikenakan dengan anak patung Barbie malah benar-benar dihasilkan dengan ciri-ciri selendang dUCK saiz biasa.

“Bagi jenama besar seperti Barbie untuk mengiktiraf selendang/hijab bagi anak patungnya dan mendidik gadis di seluruh dunia bahawa adanya kerencaman di dunia ini, saya benar-benar tabik mereka,” tulis The dUCK Group.

Sehubungan itu, pengasas bersama The dUCK Group, Vivy Yusof dalam catatan berkenaan turut melahirkan rasa bangganya atas kolaborasi dengan jenama antarabangsa Barbie.

Beliau antara lain menulis: “Terima kasih Barbie dan Mattel Group global kerana mengiktiraf kami, tetapi yang lebih penting lagi, mengiktiraf betapa besarnya kemenangan ini kepada industri sopan dan tentu sekali bagi Islam.

“Kanak-kanak perempuan bermain dengan Barbie di seluruh dunia dan bagi mereka untuk melihat selendang dUCK pada anak patung itu, Barbie secara tidak langsung mendidik mereka untuk menerima kerencaman pada usia muda.

“Ia untuk menerima orang lain yang mempunyai kepercayaan, penampilan dan budaya berbeza daripada mereka,” kata Vivy yang turut terkenal dalam kalangan Muslimah di Malaysia kerana penampilan hijab dirinya..

Apa yang pasti, anak patung jenama antarabangsa ini membuka lebih banyak peluang bagi kanak-kanak di serata dunia untuk lebih mendakapi penampilan dan agama yang berbeza. – MediaCorp

Tags: barbiehijab
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Astro, Maxis Sumbang RM5 Juta Tabung Bencana Gempa & Tsunami

Next Post

Cukai Baharu, Bajet 2019 Resipi Bencana Buat Negara

Related Posts

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

04/07/2023
0

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan filem menyatakan ia memaparkan adegan peta Laut...

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

Next Post

Cukai Baharu, Bajet 2019 Resipi Bencana Buat Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd