• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Majlis Halal Negara Akan Diwujudkan 2019

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengkaji Akta Majlis Halal Negara yang dijangka akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan, dengan melibatkan semua agensi di bawahnya.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

“Akta ini penting agar setiap arahan dan fungsi di semua agensi terlibat akan lebih jelas, yang sekali gus memperkukuh pelaksanaan pensijilan halal negara yang merupakan antara terbaik di dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran siaran dokumentari Hidangan Laluan Sutera di sini hari ini.

Hadir sama Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, Mejar (K) David Teoh dan Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Fuziah berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan negara lain dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan ibadah haji serta wakaf, memandangkan banyak negara yang berminat untuk belajar bagaimana Malaysia menguruskan jemaah dalam ibadah haji, dan Malaysia terbuka untuk berkongsi pengalaman serta kemahirannya dalam perkara itu.

“Pada masa yang sama, kita akan belajar dari negara luar mengenai pengurusan wakaf terutama dari Singapura di mana cara pengendalian wakaf mereka adalah antara yang terbaik sehingga masjid di sana dibina melalui dana wakaf dan bukannya wang kerajaan,” katanya.

Sementara itu, rancangan dokumentari khas lima episod yang dialih suara sepenuhnya ke bahasa Melayu itu akan mula bersiaran esok melalui saluran 125, Astro Naura, pada pukul 11 malam.

Setiap episod memaparkan kebudayaan, tradisi serta ramuan makanan halal yang terdapat di China. – BERNAMA

Tags: AktaHalal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuntutan Palsu: 12 Pegawai Belia & Sukan Direman

Next Post

Usaha Kesan Jho Low Perlu Kerjasama Antara Negara

Related Posts

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

Fahmi Kemuka Usul Pinda Akta Perlindungan Data Peribadi

16/07/2022
0

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR Fahmi Fadzil mengemukakan notis usul kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk...

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Next Post

Usaha Kesan Jho Low Perlu Kerjasama Antara Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd