• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Didakwa Beri Darjah Kebesaran Palsu

oleh Ahmad Albab
23/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang lelaki dengan menyerahkan watikah pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang yang palsu membabitkan kerugian RM5,000, Ogos lepas.

Tertuduh, Wan Yon Ann, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Wan didakwa memperdaya Tan Wai Khan, 40, seorang ahli perniagaan, untuk mempercayai bahawa watikah pengurniaan Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang diserahkan kepadanya adalah tulen sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh.

Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Jalan BRP 7/3B, Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 9.30 malam, 18 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Wan juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan watikah pengurniaan D.I.M.P atas nama Tan itu sebagai tulen sedangkan ia merupakan dokumen palsu pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama dengan pertuduhan asal.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Selangor Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh bagaimanapun peguam Wan, Shalehhuddin Salam memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000.

Kata Shalehhuddin, Wan perlu menanggung isteri serta dua anak dan bapanya, yang juga penjamin kes merupakan Orang Kurang Upaya selain menghidap darah tinggi.

Majistret Rini Triany membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Nov ini untuk pengurusan kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Ahli Perniagaandarjah kebesaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hishammuddin Dinasihat Temu Daim Cari Jho Low

Next Post

FRIM Wujudkan Taman Dipterokarpa Di Setiu

Related Posts

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

25/07/2024
2

TAWAU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai...

Kanak-kanak Perempuan Maut Tercampak

Tunku Mahkota Ismail Kurnia Darjah Kebesaran

23/03/2024
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena...

Next Post

FRIM Wujudkan Taman Dipterokarpa Di Setiu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd