• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Adli Kekal Bebas Kes Sertai Himpunan Haram

oleh Cj Mnh
31/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan melepas dan membebaskan aktivis Adam Adli Abd. Halim daripada pertuduhan menyertai perhimpunan haram #KitaLawan, tiga tahun.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin memaklumkan pihaknya menarik balik rayuan yang difailkan pada 4 Disember 2017.

Pada 28 November 2017, Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Adam Adli di akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, Adam Adli, 29, dan Pengerusi Jingga 13, Mohd. Fariz Abd. Talib @ Musa, 48, didakwa bersama-sama menyertai protes jalanan tersebut bermula di hadapan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara pukul 4 petang dan 7.30 petang, 28 Februari 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 2 November 2017, Mohd. Fariz dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan menutup kes terhadapnya berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kamal Adliperhimpunan haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd