• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Difteria: 8 Individu Dikuarantin Selepas Ada Simptom

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 18 Okt (Bernama) — Lapan individu dipercayai berhubung dengan kanak-kanak berusia 14 bulan yang maut akibat difteria di negeri ini, disahkan dikuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata lapan individu berkenaan dikuarantin selepas didapati mempunyai simpton penyakit berkenaan.

“Ada beberapa orang dikuarantin dan mereka ini dipercayai ada ‘contact’ (berhubung) dengan pesakit berkenaan (kanak-kanak berkenaan),” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Dr Sahruddin berkata ibu mangsa merupakan antara yang menghidap simptom penyakit berkenaan namun tiada maklumat lanjut mengenai individu lain yang dikuarantin.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan disyaki akibat jangkitan difteria di daerah ini, pada 15 Okt lepas.

— LAGI

SAHRUDDIN-KUARANTIN 2 (AKHIR) JOHOR BAHRU

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarganya enggan menerima imunisasi.

Kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia akibat mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri​​​​​​​ Dr Selahuddeen Abdul Aziz berkata ​​​​​​​ibu bapa perlu sedar dan akur dengan program imunisasi yang dianjurkan KKM dengan mengambil imunisasi disediakan.

“Kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai imunisasi memang tinggi tetapi ada juga kelompok tidak berapa sedar tentang itu (kepentingan imunisasi) dan pihak kementerian telah pun mengeluarkan templat kesedaran tentang kepentingan imunisasi ini,“ katanya kepada pemberita selepas lawatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Dr Selahuddeen berkata kementerian juga boleh mengaturkan semula program imunisasi bagi kanak-kanak yang ketinggalan dan masih tidak mendapatkan imunisasi berkenaan.

“Memang kita boleh buat (program imunisasi ini). Itu memang kita punya program dan kita sentiasa memastikan anak-anak menerima imunisasi demi untuk kebaikan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Difteriakuarantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Di China Jual Daging Kucing Sebagai Daging Kambing, Lembu, Babi

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Kesemua nombor yang tidak aktif akan masuk tempoh kuarantin atau ‘cooling off period’ selama enam bulan sebelum...

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

Thailand Gesa Pesakit Covid-19 Patuhi Kuarantin 10 Hari

17/07/2022
0

BANGKOK – Pihak berkuasa kesihatan awam Thailand mendesak orang ramai agar mematuhi tempoh kuarantin kendiri selama 10 hari jika disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd